KUALA LUMPUR, 20 Mac — Agbimuddin Kiram adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah di Sabah, kata jurucakap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, tetapi menafikan  menerima kewarganegaraan Malaysia selepas dakwaan dari PKR.


Abraham Idjirani, setiausaha agung ‘kesultanan’ tersebut, memberitahu media Filipina di Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di Kudat, menyokong kenyataan PKR pagi ini, berdasarkan pencarian dari slip gaji kerajaan Sabah dari arkib negeri.

Idjirani bagaimanapun mengatakan Agbimuddin — adik kepada Jamalul Kiram III — sebagai warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia seperti didakwa PKR.

“Semasa itu mereka berkata ‘bigyan nyo kami ng IC, sabi ng Sabah authorities kahit hindi kayo bigyan, kayo ang may-ari ng Sabah’ [berikan kami kad pengenalan, tetapi pihak berkuasa Sabah berkata jika tidak beri kad pengenalan pun, kamu memiliki Sabah juga],” kata Idjirani dalam portal berita InterAksyon tengah hari tadi.
Beliau berkata keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17 terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, tinggal di Sabah sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.

Peristiwa Jabidah dilaporkan ialah pembunuhan 27 orang Islam Moro yang pada mulanya dilatih untuk misi rahsia menawan Sabah, dan dibunuh oleh tentera Filipina semasa pentadbiran Ferdinand Marcos, menurut laporan akhbar The Philippine Daily Inquirer hari ini.

Idjirani turut berkata beliau bercakap dengan Agbimuddin pagi ini di mana beliau terselamat dari terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan Malaysia hari ini.

"Raja Muda" yang mengetuai 200 orang puak bersenjata ke Lahad Datu sejak 9 Februari, yang kini menjadi pertempuran ganas dalam usaha mereka menuntut wilayah mereka.

Idjirani berkata beliau hanya berdoa dan tidak bersenjata apabila serangan pada 10:30 pagi tetapi dua orang militan terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia itu.

Jacel Kiram, yang merupakan anak perempuan Jamalul, turut dalam sidang media bersama Idjirani, yang melaporkan dua orang tersebut melindungi Agbimuddin dalam pertempuran tersebut.

"Noong nagkaroon ng encounter, close daw, masyadong malapit, nakita ng tao n'ya [Apabila serangan tersebut berlaku, ia sangat dekat] untuk membunuh Raja Muda tetapi orangnya melindunginya dalam serangan tersebut," kata Jacel dalam kenyataannya.

Idjirani berkata cuma 166 dari 235 pengikutnya yang ke Sabah bersama Agbimuddin yang tinggal dan mengulangi permintaan sultan kepada Presiden Filipina Benigno Aquino III mengambil pendirian tegas ke atas konflik Sabah dan "menangguhkan sementara kempen pilihan rayanya". - Yahoo
TAKTIK GERILA TIDAK AKAN DAPAT MELAWAN ATM/PDRM 

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang dapat memerangi peperangan gerila. Kita pernah menentang gerila Komunis dan Indonesia (Konfrantasi).

"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini. 

"Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang," kata Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Pengganas Meninggalkan Tempat Persembunyian Selepas Digempur Pasukan Keselamatan

Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.

Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.

Zulkiple berkata taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

"Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila," katanya.

Dalam Operasi Daulat, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.

"Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat," katanya.

Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter. 

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Operasi Daulat untuk membanteras pengganas itu.

Perkara itu diakui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar apabila tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipulihkan kepada tahap normal, hanya dalam tempoh dua minggu Operasi Daulat dijalankan.

Kejayaan Operasi Daulat juga dapat dilihat apabila 107 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan.

Ismail berkata di bawah NBOS, pasukan keselamatan dapat menyegerakan penggemblengan pelbagai aset daripada pelbagai agensi keselamatan dan membantu ke arah pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri ini.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, yang akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Sejak krisis pencerobohan Lahad Datu, 12 Feb lepas, sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat - BERNAMA


Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.

“Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.

Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.

Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.

Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti.

“Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka.

“Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.