Di saat isu Bomoh VIP sedang hangat diperkatakan, nampaknya Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin langsung tidak mempedulikan kata-kata rakyat Malaysia dan dilihat terus melakukan upacara “teropong”nya yang semakin popular seluruh dunia selepas Bomoh VIP ini muncul di KLIA beberapa kali kononnya untuk mengetahui di mana status pesawat MH370 yang masih hilang sehingga hari ini.

Isu ini menjadi semakin hangat apabila ada campurtangan menteri seperti Khairy Jamaluddin yang mengundang kemarahan Ibrahim Mat Zin yang ingin menampar Khairy Jamaluddin.



Berikut adalah gambar yang kami terima semasa Ibrahim Mat Zin sedang mengadakan upacara yang tidak diketahui tujuannya di Teluk Intan, Perak.

bomoh-vip-teluk-intan-perak

bomoh-vip-teluk-intan-perak

bomoh-vip-teluk-intan-perak

bomoh-vip-teluk-intan-perak

bomoh-vip-teluk-intan-perak

OHMEDIA: TAK SERIK-SERIK. DINASIHATKAN IBRAHIM MAT ZIN UNTUK SLOW DOWN LAH YA.

Sumber
'Raja Bomoh' bakal berdepan tindakan undang-undang


SHAH ALAM: 'Raja Bomoh' yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
    
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
    
"Jais menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook JAIS, berhubung perbuatan dia.
    
"Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.
    
Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.
    
Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
    
Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang. - Bernama