Sandakan : Hasrat seorang bapa untuk menaiki kereta baru milik anaknya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian rompakan di rumah pengurusan mayat di Batu 1/2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, Lakompet Lakasau, 80, yang juga pengawal keselamatan di rumah pengurusan mayat berkenaan ditemui terbaring berlumuran darah selepas dibelasah tiga lelaki menggunakan kayu dan penyodok pasir ketika tidur di situ.

Berdasarkan rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan warga emas itu diserang tiga lelaki bertopeng yang membelasahnya ketika tidur.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis bersama Unit Anjing Pengesan (K9) bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

“Hasil rakaman CCTV (kamera litar tertutup) mendapati jam 10 malam, mangsa didatangi tiga lelaki yang menutup muka dengan kain dan bersarung tangan dengan dua daripadanya bersenjatakan penyodok pasir dan kayu.

“Kedua-dua suspek menghentak kepala mangsa yang sedang tidur di atas meja dengan kayu dan penyodok sehingga mati,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa rebah dan terbaring di lantai sebelum dua suspek mengambil dompet mangsa lalu melarikan diri bersama seorang lagi rakan mereka.

“Jumlah kerugian belum dapat dipastikan,” katanya.

Namun, Rowell berkata, hasil keterangan seorang anak mangsa mendakwa bapanya sepatutnya menemuinya hari ini (semalam) untuk memberi wang deposit untuk membeli kereta. - myMetro
Bekas Askar Perang Dunia Kedua merakamkan Imej Misteri di Sandakan

Major bersara John Tulloch terkejut apabila imej yang dirakamkan beliau pada tahun 2010 di Borneo memberi penampakan yang menyeramkan. Imej putih yang muncul dalam kamera seakan-akan membentuk rangka manusia yang berbaris.

Insiden ini berlaku semasa Major John Tulloch melawat kembali laluan yang terkenal dengan tragedi Sandakan Death March. Tragedi Sandakan Death March berlaku pada tahun 1945 apabila tentera Jepun memaksa 2,400 orang tentera Bersekutu yang kebanyakan tentera Australia dan 3,600 orang buruh paksa Indonesia. Daripada 6,000 berkawat daripada Sandakan ke Ranau, hanya 6 orang sahaja yang selamat, itupun disebabkan oleh hasil ikhtiar mereka untuk melepaskan diri.

Keganasan dan kebrutalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua sangat diketahui. Insiden serupa turut sama berlaku di Filipina. Insiden yang dikenali Bataan Death Marchmenyebabkan 650 orang tentera Amerika Syarikat dan 10,000 warga Filipina kehilangan nyawa sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke Camp O’Donnell.

Mengulas mengenai imej yang dirakamkan beliau ini, Major John Tulloch merakamkannya daripada dalam kereta jenis 4WD. Pada asalnya, beliau menganggap ia adalah hasil refleksi daripada tuala yang diletakkan di atas dashboard. – Dailymail
Klik imej untuk perbesarkan
Dalam usaha menjadi medium penyebar maklumat khususnya bagi Sabah melalui fan page di facebook, pastinya 1SABAH memerlukan followers yang ramai untuk memastikan informasi berkaitan sampai. 

AieYna Saiding adalah followers ke 50k di
fan page facebook 1SABAH
Dalam tempoh sehingga 10 Mac 2013, 1SABAH telah mencapai jumlah 50 ribu followers dan AieYna Saiding adalah followers yang ke 50 ribu berdasarkan kepada printscreen yang sempat dibuat oleh admin.

Sebagai sebuah page yang bukan memaparkan isu atau provokasi dalaman atau media komersil atau badan-badan tertentu, sememangnya sukar untuk mencapai jumlah ini dan 1SABAH sangat bersyukur atas pencapaian ini.

Jutaan terima kasih kepada semua followers yang semakin hari semakin bertambah kerana sudi 'like' page 1SABAH.

Kepada followers yang bijak bistari, pesanan 1SABAH supaya sentiasa berhemah dalam membuat komen untuk satu-satu topik kerana BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA. Ini bermaksud, jika anda berbahasa yang keterlaluan sehingga boleh menyinggung pihak lain, anda secara langsung telah merosakkan bangsa anda dan umumnya negeri Sabah dan pastinya negara kita Malaysia.

Senario 'keyboard warrior' semakin berleluasa pada masa ini yang mana ada pengomen terlalu berjiwa 'pahlawan' dalam komen-komen di internet terutamanya facebook, twitter dan blog yang akhirnya mengundang ketidakstabilan emosi antara sesama kita.

Jika ini berterusan akan berlaku satu lagi huru-hara dalaman yang melibatkan emosi dan perasaan dan pasti akan menganggu kestabilan sosial umumnya di Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa terdapat 2 golongan pengomen yang saling bercanggah pendapat iaitu yang pro dan kontra dengan kerajaan. Setiap isu dijadikan platform untuk melampiaskan pendirian sendiri sehingga adakalanya ada komen yang sama sekali tidak berkaitan dengan topik.

"Ini internet bah..apa kau peduli" kata seorang pengomen. Ya, admin setuju bahawa setiap pengguna mempunyai hak kebebasan melakukan apa sahaja di internet. Walau bagaimanapun, setiap perlakuan ada kesannya. Jika yang dilakukan itu baik maka kesannya baik. Jika yang dilakukan itu kurang baik, kesannya pasti negatif.

Ingat, lumrah alam yang tiada pertikaian ialah kehidupan kita seperti roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Ketika anda di atas, anda boleh mendabik dada tapi bilamana orang lain berada di atas pasti orang itu juga akan mendabik dada kepada anda.

Kepercayaan yang kita pegang memberikan amaran bahawa setiap perbuatan ada pembalasannya. Pembalasan itu pula bukan semestinya kepada kita tetapi mungkin kepada anak-anak atau saudara mara kita yang mana kita juga akan merasainya secara tidak langsung seperti kepada pepatah 'Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa'.

Jom! kita satukan jiwa untuk mempertahankan nikmat situasi aman di Sabah amnya di Malaysia.

Salam perpaduan dari admin 1SABAH.
5 Daerah Diisytihar Kawasan Keselamatan Khas Sabah

Kerajaan mengisytiharkan lima daerah di pantai timur Sabah, sebagai Kawasan Keselamatan Khas Sabah. Ia bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan berkenaan.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI

"Saya ingin beri keyakinan pada rakyat Sabah bahawa dalam soal keselamatan dan kedaulatan Sabah, kerajaan akan lakukan apa saja untuk jamin keamanan dan keselamatan dan kedaulatan Sabah." 

Untuk menyokong apa yang saya nyatakan sebagai pendirian kerajaan Malaysia, saya ingin umumkan kewujudan kawasan special security area, akan meliputi kawasan dari Kudat ke Tawau dan merangkumi Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan Kudat, cadangan ini dipersetujui jemaah menteri dan hari ini saya umumkan hasrat kerajaan untuk wujudkan area ni dan akan ditempatkan di Lahad Datu".

Beliau menjelaskan, langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja demi menjamin keamanan dan kedaulatan Sabah.

Ini adalah kali kedua kawasan seumpama itu diwujudkan, selepas kawasan kawalan keselamatan Rajang, Rascom, di Sarawak pada tahun 1972.

Pembentukan Rascom diisytiharkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bagi menghapus ancaman pengganas komunis.

Di bawah ini, dikongsikan Jadual Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak bagi seluruh bahagian di negeri Sabah. Anda boleh download imej untuk dicetak kerana imej jadual ini menggunakan piksel yang tinggi.

Jadual berbuka puasa bagi kawasan Zon 2 Sandakan Barat, Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Semawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam.
Di bawah ini, dikongsikan Jadual Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak bagi seluruh bahagian di negeri Sabah. Anda boleh download imej untuk dicetak kerana imej jadual ini menggunakan piksel yang tinggi.

Jadual berbuka puasa bagi kawasan Zon 1 Sandakan, Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Semawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam.
Sandakan ialah Bandar kedua terbesar di negeri Sabah. Sandakan terletak di sebelah timur Sabah. Bandar ini terletak dalam Bahagian Sandakan dan menghadap ke Laut Sulu. Sandakan dikenali sebagai tiga kampung kecil di tepi pantai pada awal 1870. Nama Sandakan dipercayai berasal dari perkataan lama Sulu yang bermaksud "tempat itu telah dipajakkan kepada orang Eropah sebagai pembalasan bagi sesuatu benda, kerja atau janji". Pada 21 Jun 1879, William Pryer mengasaskan Bandar Baru iaitu "Elopura" di Bull Sim Sim. Elopura bermaksud "tempat yang cantik" selama 200 tahun dahulu sebelum nama Sandakan diberi oleh Cowie, pegawai Kompeni British Chartered.

Bandar Sandakan dibangunkan oleh Kompeni British Chartered pada 100 tahun yang lalu dan berkembang dengan pesat sehingga menjadi penempatan yang terbesar di bahagian utara Sabah. Perkembangan ini disebabkan pusat pentadbiran terletak disini. Kini ia merupakan di antara bandar pelabuhan yang penting di Sabah. Sandakan merupakan pengeluar kayu balak yang terbesar di Malaysia di samping minyak kelapa sawit, hasil lautnya seperti ikan, udang, mutiara serta hasil pertanian seperti tembakau, koko, kopi, sagu dan pisang manila.

Lagenda Sandakan bermula beberapa tahun sebelum Pryer. Kampung German yang dijadikan oleh Kaptain William Schuck berbangsa Jerman sebagai pangkalan perniagaan merupakan penempatan pertama, walaupun pada masa tersebut sudah ada beberapa orang Sulu yang menetap di sekitar laut berdekatan. Apabila Kaptain William Schuck mendapat sebuah pulau di kesultanan Sulu, maka Wiliam Clarke Cowie, seorang pedagang dan pelaut dari Scotland, telah mengantikannya. Penempatan ini menjadi pusat perniagaan senjata yang tidak berjaya. Beliau akhirnya mencari rakan niaga dari Kesultanan Sulu dan meninggalkan Kampung German.

Pada masa yang sama Baron de Overbeck telah berjaya mendapatkan konsesi sebahagian wilayah Sandakan setelah bertemu dengan Sultan Sulu yang bernama Sultan Jamal Ui Alam. Keluasan ini bermula dari Sungai Sibuco (Sg. Sibuga) sehinggalah wilayah Sungai Padasan kira-kira 20,000 batu persegi. Menurut perjanjian tersebut, Baron de Overbeck akan membayar sebanyak $5,000 setiap tahun. Serentak itu juga, Baron de Overbeck diisytiharkan sebagai Dato Bendahara serta Raja Sandakan berkuatkuasa pada 1878.

Untuk mentadbir wilayah yang dimilikinya, de Overbeck telah menyerahkan pentadbiran dan pengurusan kawasan-kawasan ini kepada beberapa pegawai Inggeris yang dipercayainya. Antara orang yang dipercayainya ialah William Burgess Pryer. Bandar Sandakan mula berkembang apabila ia di tadbir oleh William B. Pryer pada 21 Jun 1879.

Apabila Pryer tiba di Kampung German dalam 1878, tugas pentadbirannya yang pertama adalah memperkenalkan satu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang cukai perdagangan bagi mengelakkan berlakunya eksploitasi perdagangan yang berlebihan. Rundingan terpaksa di buat bersama dengan pemimpin suku di kawasan tersebut. Akhirnya satu persetujuan di capai, cukai perdagangan telah diperkenalkan untuk keseragaman. Pembaharuan ini mendapat sokongan dan bantahan dari beberapa suku kaum, walau bagaimanapun Pryer berjaya mengatasi masalah ini walaupun berlakunya Peristiwa Timbong di mana Emaum Jelanee yang mengetuai suku kaum Bajau Laut telah menyerang Pulau Timbong. Bantahan ini berlaku kerana ia menyekat kebebasan berdagang.

Beberapa masalah seperti masalah lanun menyerang juga dapat diatasi oleh Pryer. Kemajuan, kestabilan perdagangan dan keamanan di bandar baru ini telah menarik minat pedagang asing seperti pedagang Cina serta suku kaum di Kepulauan Filipina.

Pryer juga berusaha memperkembangkan kekuasaannya sehingga ke kawasan Kinabatangan. Kawasan ini penting kerana hasil hutan dan hasil sarang burung di Gua Gomantong merupakan bahan mentah yang terkenal.

Dalam kepesatan pembangunan Kampung German akhirnya telah terbakar akibat kecuaian seorang penduduk Kampung bernama "Sabtu". Kebakaran tersebut telah memusnahkan seluruh kampung termasuk rumah Pryer sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan Pryer dan penduduk Kampung berpindah ke satu kawasan baru yang terletak di muara teluk pada 18 Jun 1879. Kawasan ini dikenali sebagai Buli Sim-Sim (Booly Sim-Sim).

Pryer telah menamakan tempat ini ‘Elopura’ yang bermaksud “Bandar yang Indah”. Pryer menebang pokok yang pertama apabila menjalankan kerja-kerja pembersihan sepenuhnya kerana Buli Sim-Sim ketika itu merupakan kawasan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok bakau.

Menjelang tahun 1881, Elopura telah berkembang menjadi sebuah pekan yang di bina sebahagiannya di atas air. Jambatan-jambatan yang tidak berapa teguh di perbuat daripada nibong berfungsi sebagai jalan raya. Pada tahun 1882 terdapat lebih kurang 57 buah rumah dengan penduduk seramai 696 orang dan jumlah ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dengan komposisi komuniti Bajau, Cina, Sulu dan lain-lain. Terdapat seramai 30 orang Eropah, 3000 orang-orang Cina dan 3,000 pelbagai Cina.

Oleh itu, William B. Pryer merupakan orang penting dalam merintis pembangunan awal bandar Sandakan dengan penyediaan asas-asas polisi pentadbiran untuk diteruskan oleh pemimpin lain. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1890 dan secara langsung tidak lagi menjadi pengerusi “British North Borneo Development Corporation”.