TAWAU: Kerajaan diminta membina atau menaiktaraf kemudahan infrastuktur khasnya klinik dan rangkaian talian telefon di Jalan Kalabakan-Keningau kerana ianya kini menjadi laluan alternatif penduduk untuk ke Kota Kinabalu atau Tawau.
Presiden Persatuan Bumiputera Bajau Semporna Sabah (Perbubas), Mansor Santiri berkata orang ramai kini sudah mula cenderung menggunakan laluan tersebut berikutan tempoh jam perjalanan yang pendek berbanding laluan lama.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan Klinik Kesihatan Felda Umas dinaiktaraf agar siap sedia memberi rawatan segera kepada masyarakat, khususnya mangsa-mangsa kemalangan di jalan berkenaan.
“Umum tahu, banyak kemalangan berlaku di sepanjang Jalan Kalabakan – Keningau sedangkan Hospital Tawau jaraknya amat jauh dan pusat kesihatan terdekat ialah di Klinik Kesihatan Felda Umas.
“Jika klinik itu dinaiktaraf dan ditempatkan doktor atau pegawai perubatan yang sentiasa bersiapsedia, kita yakin boleh selamatkan banyak nyawa bukan sahaja mangsa kemalangan tetapi penduduknya sendiri,” katanya.
Beliau turut meminta pihak Telekom Malaysia di bawah kementerian berkaitan supaya mewujudkan pemancar talian telefon di kawasan berkenaan demi menyelamatkan mangsa kemalangan.
Katanya, kawasan terbabit tiada talian telefon dan situasi itu amat menyukarkan mangsa-mangsa yang terlibat kemalangan kecil atau serius.
Beliau sendiri katanya, pernah mengalami kemalangan semasa menggunakan jalan tersebut baru-baru ini dan amat sukar mendapatkan bantuan berikutan tiadanya talian telefon dan kenderaan pula tidak begitu banyak.
Beliau turut memberi contoh kes kematian seorang pekerja Yayasan Sabah yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat dehidrasi semasa terlibat kemalangan tetapi hanya ditemui dua hari selepas insiden.
“Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau, sekiranya dia dihantar ke klinik terdekat, misalnya di Felda Umas ataupun jika kawasan itu ada talian telefon, mangsa mungkin masih boleh diselamatkan lebih awal,” katanya lagi.
Mansor berkata, apabila jalan terbabit siap keseluruhan, kawasan itu diyakini bakal menjadi laluan utama keluar-masuk ke daerah ini dan kemudahan infrastuktur yang lebih baik perlu dilakukan.
Selain itu beliau turut menggesa Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) supaya sentiasa melakukan rondaan di kawasan terbabit bagi memudahkan orang ramai yang mungkin berdepan masalah kenderaan ataupun terlibat kemalangan.
Sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/76905
Assalammualaikum dan Salam Perpaduan...
Luangkan sebentar masa anda . Kita tengok lalat dan lebah. Binatang yang kecil tapi padanya ada pelajaran yang sangat besar buat kita. Nabi kita pun ada menyebut kepada kita supaya jadilah seumpama lebah..Kenapa lebah?bukan lalat jom kita berfikir.

Sesekali cuba perhatikan seekor lalat terbang di kebun bunga yang indah dengan haruman bunga yang berwarna-warni. Apa yang dilihat oleh seekor lalat ? Adakah lalat akan terpesona dengan kecantikan dan keharuman bunga-bunga itu ? Jawabnya, lalat hanya memerhati bangkai yang terselit, najis yang terpalit dan ceruk-ceruk yang busuk. Keindahan itu tiada erti buatnya. Matanya hanya fokus kepada keburukan dan kekejian.Kemudian kita lihat pula lebah yang terbang di sebuah kawasan kotor seperti tempat pembuangan sampah yang penuh dengan bangkai dan kotoran yang sangat busuk lagi menjelekkan. Saat itu, apakah yang diperhatikan oleh lebah itu? Jawabnya lebah itu terus mencari dan memerhatikan kepada warna-warna kecantikan bunga yang menyegarkan. Demi madu yang berharga, sampah-sampah dan bau busuk tidak menjadi penghalang buatnya.
MORAL : Begitulah kita sebagai manusia, cara kita melihat, apa yang kita fokuskan itulah yang mencorakkan kehidupan kita.Pandanglah sesuatu dengan pandangan mata lebah, mencari yang positif dan membuang yang negatif.
Orang yang melihat dengan pandangan mata lalat tidak akan melihat sesuatu yang baik pada sejarah lampau, pada individu dan peristiwa kerana yang mengujakan mereka adalah perkara negatif yang menjijikkan.
Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
KENINGAU (Sabah) (Bernama) -- Meskipun jarak rumah Petrus Yuyah, 43, dengan rumah Sait Jaafar, 50, terletak kira-kira 250 km antara satu sama lain, namun mereka berkongsi impian yang sama.
"Kehidupan yang selesa untuk keluarga." Itulah impian mereka dan ia menjadi kenyataan hasil usaha murni kerajaan menerusi dasar mentransformasi sosio-ekonomi masyarakat luar bandar Sabah.
Petrus tinggal di kawasan penempatan moden di Bunang, Keningau di pedalaman Sabah.
Sait pula tinggal nun jauh di Pulau Sebatik, Tawau yang terletak di pantai timur negeri itu.
Kedua-dua rakyat negeri di bawah bayu itu mungkin tidak berpeluang untuk saling kenal mengenali tetapi yang pasti mereka adalah antara insan bertuah yang dipilih menyertai projek Sejahtera Estet Mini (MESEJ).
Projek MESEJ di Bunang dan Pulau Sebatik adalah antara beberapa program pembasmian kemiskinan berimpak tinggi yang diperkenalkan kerajaan bertujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat di kawasan luar bandar.
Peserta program MESEJ ini dipilih dalam kalangan fakir miskin yang berdaftar dengan e-Kasih, bank data kemiskinan negara.
MERAPATKAN JURANG BANDAR-DESA
Projek MESEJ diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, bertujuan meningkatkan pendapatan golongan fakir miskin supaya lebih lestari di samping merapatkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar di Sabah.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh baru-baru ini menyatakan, ketika ini terdapat 44 projek MESEJ di seluruh Sabah.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, 29 adalah projek pertanian (kelapa sawit dan getah) sementara bakinya, projek akuakultur dan ekonomi mikro.
Projek pertanian MESEJ ditadbirkan oleh Akaun Amanah, yang ditubuhkan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS).
Setiap estet perladangan menampung purata 33 peserta atau ketua isi rumah.
Kerajaan negeri menerusi KPLBS melantik Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) sebagai agensi pelaksana memajukan tanah untuk ladang kelapa sawit di bawah program MESEJ.
Setakat ini, sebanyak 17 projek MESEJ dilaksanakan di Sabah dengan purata 98 hektar setiap estet.
Di bawah program yang sama, Lembaga Perindustrian Getah Sabah (SRIB) yang juga agensi kerajaan negeri melaksanakan pembangunan pertanian untuk ladang getah di kawasan luar bandar.
TRANSFORMASI KEHIDUPAN MENERUSI MESEJ
Pihak berkuasa seperti Lembaga Pembangunan Perumahan Sabah (LPPB), majlis perbandaran dan daerah menyediakan infrastruktur asas untuk projek MESEJ.
Penulis berkesempatan mengunjungi Sait di projek MESEJ di Sungai Laba, Pulau Sebatik, kira-kira 20 minit perjalanan menaiki bot dari bandar Tawau.
Beliau tersenyum lebar menerima kedatangan penulis dan bangga menunjukkan rumah konkrit tiga bilik yang didiami bersama keluarganya.
Rumah itu mempunyai bekalan air, elektrik dan dilengkapi dengan kipas siling. Beliau juga mempunyai peti televisyen 13 inci, peti ais dan sebuah komputer.
"Alhamdulillah, kehidupan saya banyak berubah selepas saya menyertai projek MESEJ di Sungai Laba.
"Sebelum ini saya tinggal dengan nenek saya di rumah kecil lagi usang di kampung lain di pulau ini juga. Saya tak boleh bayangkan bagaimana masa hadapan saya sekiranya tidak dipilih untuk program ini.
BERSYUKUR DIPILIH
"Sudah tentu saya gembira dan bersyukur. Terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan saya peluang menjadi peserta projek MESEJ ini," kata Sait.
Peserta yang bekerja di projek MESEJ memperoleh pendapatan sekitar RM800 sebulan.
Pendapatan estet akan disalur kepada Akaun Amanah dan KPLBS akan membuat keputusan berapa akan diberikan kepada peserta projek.
Kira-kira 250 km dari Kg Laba ialah Kampung Bunang, Keningau. Kampung ini yang terletak di daerah pedalaman Sabah ialah penempatan untuk mereka yang dikategorikan sebagai fakir miskin seperti Sait.
Persekitaran projek MESEJ di Bunang begitu menarik sekali dengan deretan rumah konkrit yang baru siap dibina di atas bukit. Jalan raya turut dibina menghubungkan skim penempatan ini.
KEHIDUPAN BARU
Petrus Yuyah ialah antara 33 peserta projek MESEJ Bunang yang mula mendiami penempatan itu bermula pada tahun 2010.
Seperti Sait, beliau disenaraikan di dalam e-Kasih dan dipilih sebagai peserta MESEJ selepas menghadiri temu duga dan taklimat khas tentang program itu.
"Sebelum saya menyertai program (MESEJ) ini, saya membuat kerja kecil-kecilan dengan pendapatan tak seberapa. Sekarang saya memperoleh RM800 sebulan", kata Petrus yang berasal dari Kg Meninipir, Sook, di daerah Keningau.
Sementara itu, Pengerusi SLDB, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, agensi itu akan terus menyokong program sosio-ekonomi kerajaan terutamanya untuk pembasmian kemiskinan seperti projek MESEJ dan agropolitan.
"Berdasarkan kemahiran kami dalam perladangan kelapa sawit, SLDB berada pada kedudukan kukuh untuk menentukan kejayaan pembangunan pertanian yang diamanahkan kerajaan untuk kami laksanakan," beliau memberitahu Bernama.
Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rahmat Bivi Yusof berkata MESEJ adalah antara projek pembasmian kemiskinan yang menyumbang kepada pengurangan kemiskinan di Sabah.
Beliau berkata demikian selepas mengumumkan hasil awal Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) untuk Sabah.
Kajian itu antaranya menunjukkan kadar kemiskinan di Sabah menurun daripada 19.7 peratus pada tahun 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1031332

Geng Street Dakwah (GSD) menjemput seluruh warga Sabah menjayakan Karnival "Ijtimak Mahabbah, Jom Heboh versi Islamik" yang akan berlangsung pada 18-19 April bertempat di Sm.St Patrick Tawau.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan :
1) Pertandingan Futsal
2) Paintball
3) Memanah
4) Bola Jaring
5) Tarik Tali
6) Sukaneka
7) Melukis kanak2
8) Menonjolkan bakat (melalui pentas terbuka yg disediakan)
9) Nasyid
10) Ceramah dan banyak lagi!
2) Paintball
3) Memanah
4) Bola Jaring
5) Tarik Tali
6) Sukaneka
7) Melukis kanak2
8) Menonjolkan bakat (melalui pentas terbuka yg disediakan)
9) Nasyid
10) Ceramah dan banyak lagi!
Luangkanlah masa tuan/puan selama 2 hari yang begitu padat dengan pengisian dan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk kita semua. Karnival ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Tiada bayaran dikenakan untuk menghadiri program ini.
Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi penasihat GSD di talian 013-8775272 (Ustaz Alias Hj Idris)
KUALA LUMPUR 10 April - Kumpulan penculik dua wanita di Resort Singamata, Semporna Sabah meminta wang tebusan sebanyak RM36.4 juta bagi membebaskan wanita China yang juga seorang pelajar, Gao Hua Yuan, 29.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menerima nota daripada kumpulan penculik tersebut dan telah menghantar pasukan untuk berunding dengan orang tengah berhubung perkara berkenaan.
Katanya, wang tebusan itu hanya melibatkan Hua Yuan tetapi tiada tuntutan terhadap seorang lagi mangsa yang merupakan pekerja wanita resort itu berasal dari Filipina, Marcy Dayawan atau Mimi, 40.
Sumber : utusan.com.my

Pesta Kalimaran, iaitu perayaan kebudayaan tahunan etnik Murut yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 11 April ini menyasarkan kehadiran 30-ribu pengunjung.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Haji Ombi berkata pesta kali ke-11 itu akan berlangsung di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Tenom dengan pelbagai acara disusun termasuk upacara tolak bala. Turut diadakan ‘Butitin Kalimaran’, ‘Ralaa Kalimaran’ sebelum acara kemuncak perasmian dan perarakan kebudayaan etnik Murut pada 13 April yang dijangka disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Dalam sidang media di Kota Kinabalu, Datuk Kamarlin berkata pesta itu adalah anjuran kerajaan negeri melalui kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Tenom serta Persatuan Murut Sabah.

https://besrtmkk.wordpress.com
Cuba Lihat Pasport bagi yang ada menyimpan di manakah tempat yang TIDAK SAH ia digunakan? Jawapannya ada di atas sangat jelas iaitu ISRAEL. Malaysia tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel tetapi bagaimana ia boleh dikibarkan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam.
Israel adalah sebuah negara haram yang didirikan dengan merampas tanah negara Palestin. Israel cukup terkenal sebagai Penjenayah Antarabangsa kerana membunuh dan memerangi negara Islam sehabisnya.
Di laman sosial seperti facebook sudah mula memperkatakan tentang hal ini termasuk Ketua Pemuda UMNO Tenom En. Jamawi Jaafar dalam laman facebooknya berkata,'Saya mengutuk sekeras kerasnya pengibaran bendera Israel di Raintree Beach Resort Tuaran.. Walau alasannya hanya utk pengambaran sebuah Filem yang mengisahkan Pertandingan Pramugari Sedunia... Tetapi nampaknya pemilik resort dan pihak berkuasa yg mengeluarkan permit pengambaran tidak peka dgn isu isu semasa.... Mohon KDN dan Pihak berwajib siasat dan ambil tindakan segera perkara ini..."
Selain itu, ada sudah yang menyatakan "Kami Mengutuk Pengibaran Bendera ISRAEL di Sabah. Kepada pihak yang berkenaan mohon untuk buat siasatan bagaimana hal ini boleh terlepas dan tindakan sepantasnya untuk mengelak kejadian seperti ini berlaku.
Antara kata-kata semangat daripada penyokong
Penghujung babak separuh masa pertama, Sabah dikejutkan oleh jaringan pembukaan pelawat oleh Khalis Ibrahim yang menanduk masuk sepakan percuma daripada sebelah kiri pintu gol Sabah. Tersentak dengan jaringan itu, bermula permainan separuh masa kedua Sabah terus garang mengasak kubu PBAPP dan pada minit ke-66 Md. Redzuan Nawi menggembirakan penyokong dengan melakukan satu voli cantik di sebelah kiri pintu gol yang tidak dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol memberikan gol penyamaan kepada tuan rumah.
Keyakinan pemain meningkat dengan gol penyamaan dan hasilnya selepas bertungkus lumus menyerang, pemain gantian Maxsius Musa akhirnya meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-82 apabila menanduk masuk bola yang berpunca dari sepakan percuma Esposito dapat kepada Pocuca kemudian Maxsius yang datang dari belakang tidak mensia-siakan peluang tersebut.
Pasukan Sabah tidak berhenti sampai di situ malah semakin rakus menyerang menyebabkan pertahanan pihak lawan kucar kacir dan akhirnya salah seorang pemain PBAPP dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Marwan Saydeh. Minit-minit terakhir masa tambahan Sabah menambah luka pelawat apabila Marwan tidak mensia-siakan peluang bola yang melantun menolak menggunakan dadanya untuk gol ketiga Sabah.
Bagaimanapun tindakan sesetengah penyokong yang tidak memberi semangat kepada penyerang Sabah iaitu Farid Ideris adalah tidak profesional. Apabila Farid mendapat bola ada kedengaran suara sumbang 'boo' oleh penonton. Tindakan sesetengah penonton yang "terlalu bijak" menilai Farid di atas padang dilihat sebagai tidak menghormati keputusan ketua jurulatih Sabah Milomir Seslija yang memilih Farid bermain dalam kesebelasan utama.