Siapa di sini pernah mendengar tentang Jambatan Banpo yang terletak di Seoul, Korea Selatan ini? Mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa faktor yang menyebabkan jambatan ini menjadi unik dan sering menjadi tumpuan para pelancong.

Secara ringkasnya, Jambatan Banpo di Seoul, Korea Selatan baru sahaja menerima elemen ‘kejutan’ yang besar iaitu pemasangan hampir 10,000 nozel pancuran air di sepanjang jambatan pada kedua-dua belah sisi. Nozel pancuran air tersebut baru sahaja dipasang pada bulan lepas dan kini ia menjadi daya tarikanpelancong di sana. Boleh lihat gambar di bawah ini.









Pancuran air ini mengepam sebanyak 190 tan air dalam tempoh seminit daripada sungai yang berada di bawah jambatan dan menjadikannya mesra alam.

Sumber

Bunga Bangkai Indonesia Akan Dipamer Di Korea Selatan

Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 13 Mac (Bernama) -- Sekuntum bunga bangkai (Amorphophallus titanum) yang mekar di Kebun Raya Bogor akan menjadi antara item Indonesia untuk ditampilkan dalam pameran hortikultur antarabangsa di Korea Selatan dari 27 April hingga 2 Mei.

Bunga bangkai yang baru mekar kira-kira pukul 10 pagi ini di taman bunga itu, berukuran 222 sentimeter tinggi dan 75 sentimeter lebar.

"Ini kali pertama bunga bangkai menyertai pameran antarabangsa di luar negeri," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Kebun Raya Bogor, Sofie Mursidawati, seperti dipetik agensi berita Antara pada Rabu.

Sofie berkata bunga bangkai itu disiapkan sejak setahun lalu untuk pameran di Korea Selatan dan akan terlebih dahulu diawetkan sebelum dipamerkan.

Selepas pameran, bunga bangkai yang sudah diawetkan itu akan dibawa pulang ke Indonesia dan menjadi sebahagian daripada koleksi Kebun Raya Bogor untuk tatapan para pengunjung.

Sebelum ini pengunjung hanya dapat melihat bunga bangkai pada waktu yang terhad iaitu ketika mekar sahaja.

Bunga bangkai mendapat nama sedemikian kerana mengeluarkan bau busuk seperti bangkai, yang sebenarnya bertujuan menarik perhatian kumbang dan lalat bagi pendebungaan bunganya.

Masa mekar bunga bangkai hanyalah antara satu dan dua hari sahaja berbanding bunga Rafflesia yang boleh mekar dalam masa sekitar empat hingga enam hari.

-- BERNAMA