"The Legend" adalah gelaran yang diberikan oleh peminat pasukan bolasepak negeri Sabah kepada mantan penyerang kebangsaan dan negeri Sabah iaitu Matlan Marjan, anak jati Kampung Timbang Dayang, Kota Belud.
Baru-baru ini berlangsung Kejohanan Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri Melaka di mana Pasukan Kesihatan Negeri Sabah berjaya mendapat Pingat Emas untuk menjuarai pertandingan tersebut. Pasukan yang digelar "Blood Brothers" Health Football Team dibimbing oleh Matlan Marjan.
Matlan Marjan suatu nama yang adalah satu nama yang besar dalam arena bolasepak Malaysia sekitar tahun 90-an. Beliau cukup disegani kerana memiliki pengalaman dan kemahiran individu yang tinggi. Beliau telah membuktikan kemampuannya kepada seluruh peminat bolasepak Malaysia apabila mengetuai pasukan negara dalam perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa yang berlangsung di Stadium Merdeka menentang England pada 12 Jun 1991.
Walaupun pasukan negara tewas 2-4 kepada England namun tetap tidak menghampakan penyokong kerana para pemain menunjukkan komitmen berjuang sehabis-habisnya dan dua gol hasil jaringan Matlan Marjan membuatkan pasukan gergasi dunia tidak boleh memandang rendah kepada kemampuan Malaysia.
Walaubagaimanapun, imej dan reputasi beliau hancur berkecai apabila beliau bersama 4 orang rakan sepasukannya (pasukan Sabah) ditahan polis pada Jun 1995 atas tuduhan rasuah. Pada waktu tersebut beliau baru berusia 26 tahun. Selepas didapati bersalah hukumannya adalah Gantung seumur hidup dari mewakili pasukan negeri dan negara.
Jiwanya dan bolasepak sudah begitu sebati umpama irama dan lagu. Walaupun tidak boleh mewakili pasukan negeri tetapi dalam senyap menyumbangkan pengalaman kepada pihak-pihak yang menaruh kepercayaan kepada kemampuannya berdasarkan pengalaman yang dimilikinya.
Beliau juga sering kelihatan di Stadium Likas untuk memberi sokongan moral kepada pasukan Sabah terutama kepada adiknya Zainizam Marjan yang memakai nombor keramat 20. Dalam Perlawanan lalu Zainizam menjaringkan gol pembukaan menentang PDRM tetapi nasib tidak menyebelahi Sabah apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2.
Soalan 1 : Apa pendapat Abang Matlan dengan pasukan Sabah pada era 90-an dan sekarang ?
Matlan Marjan : Ini pendapat Peribadi saya. Sabah Sekarang susah saya nilai kerana banyak pemain kita ada pontesi tapi tiada dalam skuad negeri. Dulu pemilihan melalui kejohanan antara zon. Tapi sekarang ..........
----------------------Akan bersambung----------------------------------PANAS !!!!!
Pengakuan Matlan Marjan Selepas hampir 20 tahun digantung tidak boleh mewakili Pasukan Negeri dan Kebangsaan
Sumber ini diperolehi secara SAH melalui temubual/pertanyaan secara terus kepada individu yang dimaksudkan [ Matlan Marjan ]. Sebarang isi kandungan dari laman ini tidak menjadi tanggungjawan ADMIN apabila diubah/disiarkan di halaman lain. Komen anda adalah tanggungjawab anda.
Sumber SAH : +Myusuf Ashukri / djkupang
Sumber SAH : +Myusuf Ashukri / djkupang
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera parah selepas tertembak oleh rakan setugasnya ketika sedang sibuk membersihkan senjata dalam insiden di Balai Polis Luyang, di sini kelmarin.
Kejadian pada jam 7.12 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan serius pada bahagian dada, namun dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) II, di sini.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugasnya, berpangkat koperal sedang bersiap sedia untuk melaporkan diri bagi bertugas di Pondok Polis Kawasan (PPK) HQE II.
Bagaimanapun, ketika rakan mangsa sedang mengosongkan pistol, tidak semena-mena terlepas tembakan yang mengenai mangsa.
Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika ditemui kelmarin mengesahkan kejadian itu.
Menurut beliau, ketika kedua anggota itu sedang bersiap melaporkan diri untuk bertugas ke PPK HQE II dan mengambil pistol jenis Revolver .38 di dalam stor senjata di Balai Polis Luyang.
“Berdasarkan maklumat awal, ketika rakan mangsa sedang mengosongkan pistol terbabit, tiba-tiba satu das tembakan terlepas dan mengenai badan mangsa.
“Mangsa yang berasal dari Sarawak itu kini dilaporkan stabil dan hasil pemeriksaan pihak hospital menjelaskan peluru itu tidak mengenai organ sensitif,” katanya sambil menambah, pembedahan akan dijalankan segera bagi mengeluarkan peluru yang masih berada di dalam badan mangsa.
Mengulas lanjut, polis masih melakukan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu terjadi.
“Rakan setugas mangsa kini ditahan bagi membantu siasatan polis,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
SUMBER : http://www.theborneopost.com/2014/04/24/konstabel-parah-tertembak-rakan/#ixzz2zkuCGVlm
KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Kinabalu menahan 35 individu atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di Pulau Pondu, berdekatan Pulau Gaya di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, daripada jumlah itu, 20 didapati positif dadah termasuk tiga suspek lelaki berusia 30an yang dikehendaki polis kerana disyaki pengedar dadah di sekitar Pulau Gaya dan dua suspek jenayah samun serta curi.
"Individu yang selebihnya dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya kepada pemberita selepas operasi dokumentasi terhadap lebih 400 penduduk di Pulau Pondu, di sini hari ini.
Jauteh berkata polis juga mengenal pasti struktur rumah yang akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang telah meletakkan 66 notis selama tujuh hari terhadap rumah terlibat.
Operasi khas fasa pertama selama lima jam itu melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera parah selepas terkena tembakan rakan sendiri ketika mengambil senjata di Pondok Polis Kawasan (PPK), Hospital Queen Elizabeth II, Luyang, pada kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Jauteh berkata mangsa, Konstabel Richi Belo anak Asing, 25, berasal dari Sarawak kini dalam keadaan stabil dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Ketika kejadian mangsa bersama seorang rakan berpangkat koperal mengambil senjata di stor senjata untuk memulakan tugas di pondok itu dan berdasarkan pemeriksaan awal doktor, kecederaan mangsa tidak mengenai apa-apa organ dalaman," katanya.
Menurutnya, rakan setugas mangsa, seorang anggota polis berpangkat korporal ditahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/35ditahandalamOpsCantasdiPulauPondu_KotaKinabalu/Article/?mutakhir=1




