Tarikh : 22 Mei 2014

KES Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia ( TTPM) 
SAB-(B)-73-2014 
HASHIMA HASBULLAH VS  PICK N PAY



Fakta Kes: Pengguna telah membeli 2 paket kacang shandong. Harga terpamer adalah RM2.50 dan RM3.50 satu paket. Pembeli telah berkeras agar pengguna membayar harga lebih tinggi iaitu RM3.50 sepaket walaupun undang2 memperuntukkan pengguna hendaklah membayar harga yg lebih rendah apabila terpamer dua harga berlainan. ]

Penentang tidak hadir. 

Keputusan kes: Tuntutan pengguna dibenarkan iaitu RM52 (beza harga kacang dan kos mahkamah RM50). 

Presiden TTPM sebagai Hakim bersidang hari ini menyatakan kepujian di atas usaha pengguna memfailkan tuntutan walaupun amaun hanyalah RM2.00 krn ini pasti akan mengajar peniaga2 menjadi peniaga lebih beretika. Ini adalah pertama kali kes sebegini dibuat di TTPM Sabah dan berharap pengguna lain akan ambil iktibar.

Sumber : Hashimah Hasbullah  

###Saya sangat tertarik dengan kes tersebut. Sejujurnya saya hanya tahu sedikit sahaja mengenai KEPENGGUNAAN, bukan kerana tidak belajar tetapi ketika zaman persekolahan kurang mendapat pendedahan mengenai Siapa Pengguna dan Apa pula HAK Sebagai Pengguna. Anda pula macamana ? Untuk soalan di bawah ini adakah anda tahu? ( aik.. buyuk kamu cari di google.. heheeh) djk


1.  ADAKAH ANDA MENYEDARI / MENGETAHUI  HAK-HAK PENGGUNA ???
2.  MELALUI KACAMATA ANDA, SIAPAKAH PENGGUNA YANG DIMAKSUDKAN ??

Adik-adik yang masih belajar cuba tanya cikgu kamu atau sesiapa sahaja orang dewasa di sebelah kamu soalan di atas.


Consumers Front of SABAH

MOHON KEPADA SEMUA UNTUK  KONGSIKAN ARTIKEL INI AGAR SELURUH WARGA SABAH MENDAPAT MANFAAT DARINYA AGAR PARA PERUNCIT / PENIAGA DI LUAR SANA TIDAK BERANI UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN KEPADA PENGGUNA. 

Terima kasih atas sokongan semua. 




SANDAKAN, 20 Mei (Bernama) -- Petronas memberi komitmen bagi menyediakan pelantar berhubung cadangan pelaksanaan sistem Sea-Basing bagi meningkatkan kawalan keselamatan di perairan negeri ini.


Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata Petronas antara yang pertama memberi komitmen kepada kerajaan berhubung cadangan pelaksanaan konsep Sea-Basing itu.

Katanya mereka menyatakan kesediaan menyediakan pelantar yang sudah ada dan masih boleh dipakai untuk ditempatkan di kawasan sempadan perairan Malaysia dan negara jiran di bawah pelaksanaan sistem berkenaan.

"Menerusi sistem Sea-Basing, pelantar tersebut akan dilengkapi dengan anggota pasukan keselamatan yang boleh bertindak cepat menggunakan aset yang canggih seperti bot pemintas dan helikopter.

"Ia bagi membolehkan masa bertindak dilakukan cepat sebaik sahaja mengesan kejadian menjejaskan keselamatan negara khususnya jenayah rentas sempadan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Latihan Khidmat Negara Bagai Budi di sini Selasa.

Pada 9 Mei lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan pelaksanaan sistem Sea-Basing kepada Jemaah Menteri secepat mungkin.

Cadangan itu dibuat berikutan insiden kes penculikan di Sabah dengan terbaharu melibatkan seorang warga China Yang Zai Lin, 34, yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat penternakan ikan, di Pulau Baik, Lahad Datu, oleh lima lelaki bersenjata pada 6 Mei.

Abdul Rahim yang juga Anggota Parlimen Kudat berkata pelaksanaan sistem itu merupakan usaha kerajaan memperkasakan kawalan keselamatan perairan di Sabah khususnya di pantai timur yang meliputi 1,733.7 kilometer (km) dari Kudat ke Tawau.

Katanya ia juga adalah satu tindakan penyelesaian komprhensif yang dibuat secara keseluruhan bagi memastikan kawalan keselamatan di perairan Sabah dilakukan lebih efektif.

Beliau memberi contoh insiden penculikan di Pulau Baik, lokasinya terletak tiga hingga empat jam dari perairan sempadan Malaysia dengan Filipina.

Menurutnya kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi tetapi pasukan keselamatan Malaysia hanya mengesan dan mengejar mereka kira-kira pukul 6 pagi berhampiran sempadan perairan Malaysia dan Filipina.

"Jika Sea-Basing ada di kawasan sempadan perairan itu, sudah tentu tindakan menghalang anggota penculik dari selatan Filipina dapat dihalang.

Rahim berkata penggunaan Pangkalan Laut Terapung merupakan antara cadangan lain Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Sabah.

Katanya kementerian itu mempunyai beberapa aset boleh dipakai untuk tujuan tersebut antaranya Kapal Bunga Emas 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk diletakkan di perairan strategik tengah laut sebagai penempatan pusat logistik.

Menurutnya di pangkalan itu boleh ditempatkan anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM serta aset bot pemintas bagi membolehkan rondaan keselamatan meliputi kawasan lebih luas.


BERNAMA-


"The Legend" adalah gelaran yang diberikan oleh peminat pasukan bolasepak negeri Sabah kepada mantan penyerang kebangsaan dan negeri Sabah iaitu Matlan Marjan, anak jati Kampung Timbang Dayang, Kota Belud.

Baru-baru ini berlangsung Kejohanan Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri Melaka di mana Pasukan Kesihatan Negeri Sabah berjaya mendapat Pingat Emas untuk menjuarai pertandingan tersebut. Pasukan yang digelar "Blood Brothers" Health Football Team dibimbing oleh Matlan Marjan.

Matlan Marjan suatu nama yang adalah satu nama yang besar dalam arena bolasepak Malaysia sekitar tahun 90-an. Beliau cukup disegani kerana memiliki pengalaman dan kemahiran individu yang tinggi. Beliau telah membuktikan kemampuannya kepada seluruh peminat bolasepak Malaysia apabila mengetuai pasukan negara dalam perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa yang berlangsung di Stadium Merdeka menentang England pada 12 Jun 1991.

Walaupun pasukan negara tewas 2-4 kepada England namun tetap tidak  menghampakan penyokong kerana para pemain menunjukkan komitmen berjuang sehabis-habisnya dan dua gol hasil jaringan Matlan Marjan membuatkan pasukan gergasi dunia tidak boleh memandang rendah kepada kemampuan Malaysia.

Walaubagaimanapun, imej dan reputasi beliau hancur berkecai apabila beliau bersama 4 orang rakan sepasukannya (pasukan Sabah) ditahan polis pada Jun 1995 atas tuduhan rasuah. Pada waktu tersebut beliau baru berusia 26 tahun. Selepas didapati bersalah hukumannya adalah Gantung seumur hidup dari mewakili pasukan negeri dan negara.

Jiwanya dan bolasepak sudah begitu sebati umpama irama dan lagu. Walaupun tidak boleh mewakili pasukan negeri tetapi dalam senyap menyumbangkan pengalaman kepada pihak-pihak yang menaruh kepercayaan kepada kemampuannya berdasarkan pengalaman yang dimilikinya.

Beliau juga sering kelihatan di Stadium Likas untuk memberi sokongan moral kepada pasukan Sabah terutama kepada adiknya Zainizam Marjan yang memakai nombor keramat 20. Dalam Perlawanan lalu Zainizam menjaringkan gol pembukaan menentang PDRM tetapi nasib tidak menyebelahi Sabah apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2.

Soalan 1 : Apa pendapat Abang Matlan dengan pasukan Sabah pada era 90-an dan sekarang ?

Matlan Marjan : Ini pendapat Peribadi saya. Sabah Sekarang susah saya nilai kerana banyak pemain kita ada pontesi tapi tiada dalam skuad negeri. Dulu pemilihan melalui kejohanan antara zon. Tapi sekarang .......... 
----------------------Akan bersambung----------------------------------

PANAS !!!!!
Pengakuan Matlan Marjan Selepas hampir 20 tahun digantung tidak boleh mewakili Pasukan Negeri dan Kebangsaan

Sumber ini diperolehi secara SAH melalui temubual/pertanyaan secara terus kepada individu yang dimaksudkan [ Matlan Marjan ]. Sebarang isi kandungan  dari laman ini tidak menjadi tanggungjawan ADMIN apabila diubah/disiarkan di halaman lain. Komen anda adalah tanggungjawab anda.

Sumber SAH : +Myusuf Ashukri / djkupang

PERTH: Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan. 

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island. 

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. "Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News



Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PesawatpenumpangpatahbalikkePerthakibatenjinterbakar/Article/?mutakhir=1
LAHAD DATU: Polis menahan seramai 51 pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina dan Indonesia menerusi Ops Cantas Khas di dua lokasi berasingan iaitu Kg Lubang Biawak dan kawasan lapangan di hadapan Pasar Rakyat serta Pasar ikan, di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Shamsudin Mat berkata, operasi yang bermula jam 2 hingga 8 pagi itu dilakukan oleh sepasukan 86 pegawai dan anggota PDRM termasuk Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA)/Ketua Trafik Daerah (KTD) Insp Ali Hussin Sahina selaku Ketua Medan.

“Dalam serbuan itu, seramai 165 orang diperiksa di lokasi lapangan dan dari jumlah itu 88 orang dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk dianalisis selanjutnya.

“Hasilnya, seramai 51 orang terdiri daripada golongan dewasa lelaki dan wanita serta kanak-kanak dalam lingkungan 5 hingga 60 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diminta untuk berbuat demikian,” katanya.

Shamsudin berkata, tujuan operasi itu adalah bagi membasmi kehadiran PTI di daerah ini sekali gus mencegah kegiatan jenayah membabitkan PTI.

Kesemua tangkapan kini disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen dan semua yang ditahan kemudiannya dihantar ke Pusat Tahanan Sementara di daerah Tawau sebelum dihantar balik ke negara masing-masing.

“Ops ini akan diteruskan dari masa ke semasa berdasarkan maklumat dan risikan bahagian cawangan khas yang diketuai oleh Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) ASP Noraidin Ag Maidin dan akan turut melibatkan lain-lain agensi seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, SESB, Jabatan Air cawangan Lahad Datu dan sebagainya dalam sama-sama menangangi kemasukan PTI khususnya di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, Shamsudin berpesan kepada mana-mana majikan supaya tidak menggaji PTI kerana mereka juga tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Masyarakat yang berada di kawasan perkampungan juga diminta supaya sentiasa memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat kemasukan warga asing di kawasan masing-masing agar tindakan selanjutnya boleh diambil.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/04/29/51-pti-ditahan-dalam-ops-cantas-khas/#ixzz30FybBxk3
Kumpulan dari selatan Filipina itu kemudian menculik dua pelancong asing di perairan antara Pulau Cagayan dan Pulau Palawan

LAHAD DATU: Sekumpulan penculik dari Selatan Filipina yang cuba memasuki negara ini melalui perairan Semporna terpaksa mengubah haluan ke perairan negara jiran di bahagian utara Sabah selepas gagal menembusi kawalan ketat keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Ia mengakibatkan mereka bertindak melakukan jenayah penculikan di negara sendiri di kawasan perairan antara Pulau Cagayan dan Pulau Palawan.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Haji Mohammad Mentek berkata, berdasarkan maklum balas bahagian risikan, kumpulan penjenayah yang menggunakan kapal layar itu berjaya menculik dua pelancong asing di situ minggu lepas.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan semua anggota keselamatan di ESSZONE membabitkan 10 daerah dari Kudat hingga ke Tawau supaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita memandang serius kes cubaan masuk kumpulan penculik yang terbaru melalui perairan Semporna ini. Kita tidak mahu kes penculikan di Singamata Resort, Semporna 2 April lepas berulang.

“Semua pasukan keselamatan ESSCOM diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga penuh di sepanjang perairan ESSZONE,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Sementara itu, Mohammad berkata pihak berkuasa keselamatan Filipina kini menghampiri lokasi dua wanita mangsa culik di Singamata Reef Resort, Semporna disembunyikan dan berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan kedua-dua mangsa culik itu.

Beliau berkata, kedua-dua wanita itu termasuk pelancong China berada dalam keadaan sihat. Berdasarkan maklum balas bahagian risikan, wanita China itu dibenarkan hampir setiap hari untuk membuat panggilan telefon kepada anggota keluarganya.

“Pihak keselamatan Filipina sedang menghampiri kawasan di mana mangsa culik ini disembunyikan dan sedang berusaha menyelamatkan mereka tanpa dicederakan,” katanya.

Pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singamata Adventures and Reef Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira jam 10.30 malam pada 2 April lepas.

Mohammad berkata, sepasukan pegawai ESSCOM telah dihantar ke selatan Filipina bagi mencari jalan terbaik membebaskan pelancong wanita berkenaan.

“Pegawai ESSCOM pergi ke sana hingga ke kepulauan Jolo, dan pegawai kita telah berbincang dengan bahagian risikan Filipina untuk menyelamatkan mangsa berkenaan,” katanya.


SUMBER : http://www.theborneopost.com/2014/04/29/cubaan-penculik-masuk-gagal/#ixzz30FwQ6kh8
PARIS, (Sukau): Lebih 500 pelajar dan 34 orang guru di sebuah sekolah menengah di sini terus berhadapan kesukaran menunaikan pengisian tanggungjawab apabila tiga belas isu meliputi kekurangan kemudahan ‘menjejaskan’ pencapaian pendidikan rakyat kawasan luar bandar itu sejak 12 tahun lalu. Dalam pertemuan lebih dua jam itu, Saddi turut diberi laporan Pengetua dan YDP PIBG berkenaan bahawa bangunan baharu SMK Paris bakal dibina kerajaan dan dijangka disiapkan dua tahun akan datang.

“Bagaimanapun kedua- dua pihak ini memperlihatkan kurang yakin ke atas laporan itu. Ia kerana hasrat membina SMK Paris sudah mula dicadangkan sebaik saja SMK Paris mula beroperasi 12 tahun lalu, sekitar awal Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9),” kata Saddi.

Saddi berkata, beliau juga sudah menyuarakan desakan membina bangunan baharu SMK Paris, diikuti tuntutan membina bangunan konkrit SMK Sukau dan SK Sukau di beberapa persidangan Dewan Undangan Negeri termasuk baru-baru ini.

Bagaimanapun, tambahnya, jawapan pihak kerajaan di atas cadangan itu kurang memuaskan kerana kesemua cadangan itu hanya akan dipertimbangkan semula pada pelan pembangunan kerajaan akan datang.

Pada pertemuan itu, Ardain turut mengaitkan laporan terbaru pembinaan sekolah itu sebagai berkemungkinan satu lagi ‘episod sekolah menengah dongeng’, seperti mana dibangkitkannya dalam beberapa siri ucapan PIBG SMK Paris sebelum ini.

Wakil Rakyat Dun Sukau itu kemudiannya menyatakan harapannya supaya pihak kerajaan khususnya Jabatan Pelajaran Negeri melihat masalah kekurangan bekalan elektrik dan ketiadaan dewan berbumbung sebagai keutamaan untuk segera diselesaikan.

“ Atas nama kepentingan rakyat kawasan ini, khususnya sejumlah para pelajar dan guru-guru terlibat, saya merayu Jabatan Pelajaran Negeri agar masalah utama berkaitan elektrik ini dapat diselesaikan. Lebih-lebih lagi kos menyelesaikan masalah itu hanya lebih RM100 ribu,  namun ini tidak termasuk menyediakan pusat himpunan berbumbung itu yang juga amat diperlukan ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, kata Saddi, beliau juga akan mencari jalan mengemukakan masalah tersebut kepada pihak terlibat agar berjaya menemui penyelesaian segera.

“Saya penuh yakin dan percaya jika masalah ini diketahui Kementerian Pelajaran dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Datuk Jame Alip ia akan dapat diselesaikan,” katanya.

SUMBER http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/76924