BEAUFORT

Unknown | 13:27 | 0 comments

Beaufort bererti "kota yang indah" dalam bahasa Perancis silam, ia merupakan bandar dan daerah di Sabah di Malaysia timur di kepulauan Borneo. Penduduknya dianggarkan sekitar 61,698 pada 2000. Ia merupakan bandar provincial sekitar 90 kilometer selatan Kota Kinabalu, dengan rumah kedai dibina tinggi dari jalan bagi mengelakkan banjir berkala dari Sungai Padas. Pada asalnya ditubuhkan bagi membantu kemajuan ekonomi dalaman Sabah, kemakmuran awalnya berkait rapat dengan penanaman getah. Semasa Perang Dunia II, ia merupakan tepak pertempuran antara tentera Jepun dan Australia. Kemakmurannya kini bergantung kepada industri kelapa sawit.

Beaufort merupakan perhentian Kereta api Borneo Utara yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort. Stesyen kereta api di Beaufort bertarikh dari 1905. Khidmat harian biasa dikendali oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Khidmat perubatan dibekalkan oleh hospilal kerajaan 140 katil yang mempunyai khidmat rawatan utama dan kedua. Terdapat tiga klinik swasta dalam kawasan bandar.

Beaufort biasanya dilawati oleh tetamu bagi berakit air putih melalui Jeram Padas di Sungai Padas berhampiran yang dinilai sungai Grade 2 hingga 3.

Pasar terbuka, yang dikenali sebagai tamu diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Keluaran tempatan seperti buah segar, sayuran, daging segar, dan ayam hidup dijual di situ. Hari ia diadakan berbeza dari daerah ke daerah yang lain. Beaufort juga terkenal di Sabah bagi hidangan cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, hidangan mee dihidang kering atau berkuah.

Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, North Carolina.

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments