Kempen Saya Anak Sabah

Unknown | 20:51 | 0 comments

Sila klik imej di atas untuk imej sebenar dan sebarkan kepada umum sebagai tanda sokongan anda kepada kempen ini. Banner melintang Kempen SAS
Adakah anda seorang anak Sabah? Jika YA, jom sertai kami dalam kempen Saya Anak Sabah. Kempen ini adalah anjuran 1SABAH yang mempunyai pengisian Perkongsian, Potensi, Peluang dan Promosi (4P).

Melalui kempen ini 1SABAH akan

1. Menjadi platform mengongsikan informasi semasa apa sahaja yang ingin dikongsikan oleh warga Sabah melalui facebook pages dan blog 1SABAH.

2. Menjadi platform mengesan potensi atau bakat yang ada pada warga Sabah.

3. Menjadi platform menyebarkan ruang dan peluang kepada warga Sabah.

4. Menjadi platform untuk mempromosikan produk, perkhidmatan dan potensi warga Sabah.

Banner menegak Kempen SAS

Untuk menjayakan kempen ini, 1SABAH mensasarkan 100,000 'like' dapat dicapai sehingga 16 September 2012. 

Apa yang perlu anda lakukan ialah

1. Sebarkan slogan 'Saya Anak Sabah'

2. Bantu promosikan facebook pages 1SABAH untuk mencapai sasaran 100,000 'like'.

3. Bantu sebarkan URL http://www.1sabah.net bagi meramaikan kunjungan ke blog ini agar semua Perkongsian, Potensi, Peluang dan Promosi (4P) yang dipaparkan di blog ini dapat diketahui umum terutamanya informasi mengenai tempat dan pelancongan di Sabah.

4. Hantarkan sebarang info mengenai Sabah yang ingin anda kongsikan di 1SABAH ke admin@1sabah.net.

5. Bagi yang berbakat atau artis yang telah menghasilkan video Youtube, sila hantarkan ke email rasmi kami URL video tersebut serta penerangan mengenainya untuk dipromosikan di fb pages dan blog ini. Adalah lebih baik jika dapat disertakan gambar dan biodata untuk info umum.

6. Bagi yang mempunyai perniagaan, produk atau perkhidmatan (yang sah) boleh hantarkan ke email rasmi 1SABAH untuk mempermudahkan membantu promosikan secara PERCUMA.

Email rasmi kempen | admin@1sabah.net
Anda juga boleh inbox ke kotak mesej facebook 1SABAH di http://www.facebook.com/messages/1sabah

Profile cover banner Kempen SAS

Category: , , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments