Mekanik rogol anak tiri dipenjara 15 tahun, rotan

Unknown | 07:12 | 0 comments

4th July, 2012

KOTA KINABALU: Seorang mekanik berusia 34 tahun dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dikenakan satu sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun.

Hakim Ismail Brahim, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas dia didapati bersalah melakukan kesalahan itu, dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor, di sebuah kampung di Inanam.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu mula dibicarakan pada bulan April tahun lalu.

Sepanjang perbicaraan, jumlah keseluruhan saksi yang dipanggil daripada pihak pendakwaan dan pembelaan adalah seramai 11 orang.

Pada awal tahun ini, mahkamah memerintahkan tertuduh membela dirinya selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Terdahulu, peguam Intan Timor Samsuddin yang mewakili tertuduh, dalam hujah rayuannya mengatakan, tertuduh merupakan pesalah pertama dan seorang mekanik yang hanya menerima pendapatan RM1,000 sebulan.

Menurutnya, tertuduh juga mempunyai empat anak dan seorang ibu yang harus ditanggung, selain memberikan kerjasama yang baik bersama pihak polis sepanjang kesnya berjalan.

Namun, Timbalan Pendakwaraya Nartiah F. Mirchelle Sambatan, menegaskan, kesalahan itu adalah serius dan sebagai seorang ayah angkat haruslah melindungi mangsa tapi tertuduh telah mengkhianati kepercayaannya dengan cara merogol.

Ini memberikan kesan dalam hidup dan masa depan mangsa selain mengalami trauma dan mempunyai perasaan rendah diri.

“Mangsa dirogol ketika berusia 13 tahun, tertuduh tidak menunjukkan penyesalan kerana minta dibicarakan. Mahkamah juga harus mempertimbangkan kekerapan kesalahan dan melindungi kepentingan awam,” katanya.

Sumber | http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/60169

Category: , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments