Norizs Rizs aktif lakukan aktiviti riadah dan rekreasi

Unknown | 02:03 | 0 comments

Norizs suka aktiviti lasak
GAYA HIDUP SIHAT ... Melakukan aktiviti lasak seperti memanjat permukaan tembok selain aktiviti rekreasi yang mencabar kekuatan mental dan fizikal baru-baru ini membuatkan Norizs Rizs semakin cenderung menceburi sukan baik juga untuk kesihatan itu. Bertempat di Kota Kinabalu Adventure Park (KKAP) dekat Kampung Beringes, Papar ini keseronokan jelas terpancar apabila Norizs dan rakan-rakannya mencuba aktiviti yang menguji daya ketahanan mereka meski pun payah dilalui.

"Tapi ia sangat seronok kerana dari sini teruji kemampuan dan keberanian kita untuk melakukan aktiviti yang mencabar ini," katanya ketika ditemui selepas mengikuti satu program rekreasi berkaitan sukan lasak yang diperkenalkan KKAP.

Norizs yang merupakan penyanyi dan pelakon tidak asing di negeri ini memberitahu aktiviti sukan lasak adalah rekreasi yang menarik dan perlu dicuba terutama golongan belia itu sendiri.

Ini katanya, melakukan aktiviti ini bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi menghindari seseorang dari sebarang kegiatan tidak sihat.

"Jadi, apa tunggu lagi berkunjunglah ke KKAP yang kini menyediakan pelbagai pakej untuk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti sukan lasak seperti rock climbing atau memanjat permukaan tembok dan banyak lagi.

"Pastinya seronok terutama bila kita berjaya sampai ke puncak tembok dinding itu," ujarnya.

Lokasi KKAP terletak di Kampung Beringes, KM 26.5, Jalan Papar Baru, Kinarut yang dibuka kepada pengunjung pada Isnin hingga Ahad bermula 9 pagi hingga 6 petang. - Sumber: New Sabah Times

Sumber | http://hiburansabah.com/component/content/article/1-terbaru/128-norizs-rizs-aktif-lakukan-aktiviti-riadah-dan-rekreasi.html

Category: , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments