SEMPORNA

Unknown | 13:21 | 0 comments

Semporna terletak di selatan timur Sabah. Semporna dijumpai selepas British menubuhkan Sandakan. Nama Semporna bermaksud "tempat istirehat" dan nama ini diberi selepas British berjaya menumpaskan penentangan kaum Bajau iaitu penduduk tempatan pada pertengahan 1880. Penentangan dari golongan Bajau Laut yang tidak bersetuju dengan undang-undang yang diwujudkan oleh pihak British. Bajau Laut menetap di tepi pantai. Bot yang diperbuat dari kayu balak yang digunakan oleh kaum ini masih boleh dijumpai pada masa kini. Pedagang Cina memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi di Bandar Semporna. Penternakan mutiara bermula pada tahun 1963 yang meliputi beribu-ribu hektar dan telah menghasilkan mutiara yang banyak untuk dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments