TELUPID

Unknown | 13:44 | 0 comments

Telupid merupakan pekan kecil yang ditadbir di bawah kuasa pentadbiran daerah Beluran, Sabah yang dikelilingi dengan hutan belantara berserta dengan ladang-ladang kelapa sawit.

Lokasi pekan Telupid

Pekan ini berada di pertengahan lebuh raya di antara pekan Ranau dengan bandar Sandakan iaitu dianggarkan 98 km dari pekan Ranau, 100 km dari pekan Beluran, dan 130 km dari bandar Sandakan. Pekan ini telah wujud sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu kerana lebuh raya di antara pekan Ranau dengan bandar Sandakan mesti melalui pekan ini. Pekan ini juga menjadi tumpuan persinggahan kepada bas-bas ekspres serta pemandu kereta dari Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Semporna.

Ekonomi

Pekan ini juga tidak ketinggalan dari segi ekonominya. Kebanyakan penduduk-penduduk sekitar Telupid menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti sayur-sayuran, ubi, buah-buahan, dan juga menternak binatang serta ikan air tawar. Kebanyakan hasil-hasil ini digunakan untuk kegunaan harian ataupun dipasarkan di pekan Telupid semasa Pasar Tamu Sabtu ataupun pada hari kebiasaannya.

Pasar Tamu pada setiap hari Sabtu.


Sebahagian penduduk kampung di Telupid juga menjalankan penanaman sawit untuk dijual kepada pengilang kelapa sawit. Sehubungan dengan itu, penanaman pokok getah juga terdapat di Telupid, bagaimanapun jumlahnya tidak begitu besar berbanding dengan yang ditanam oleh para penduduk kampung. Terdapat juga beberapa deretan kedai yang menjual barangan runcit, restoran, klinik, dan juga beberapa jenis kedai lain. Pejabat pos mini juga terdapat di pekan ini.

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments