Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Unknown | 09:53 | 0 comments

Sabah Negeri Dibawah Bayu
سابه نڬري د باوه بايو

Bendera Lambang

Cogan kata: Sabah Maju Jaya
Lagu negeri: Sabah Tanahairku


Ibu negeri Kota Kinabalu

Keluasan

- Jumlah 73,631 km²

Populasi

- 2010 census 3,117,405
- Kepadatan 42/km²

Kod panggilan kebangsaan 087 (Daerah Pedalaman)
  • 088 (Kota Kinabalu &Kudat)
  • 089 (Lahad Datu,Sandakan & Tawau)
  • SB (Beaufort)
  • SD (Lahad Datu)
  • SK (Kudat)
  • SS (Sandakan)
  • ST (Tawau)
  • SU (Keningau)
Poskod kebangsaan 88xxx hingga 91xxx

Huruf pertama plat kenderaan SA,SAA,SAB (Kota Kinabalu & Kota Belud)

Laman sesawang: www.sabah.gov.my

Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulauBorneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu".[5] Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.

Etimologi

Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak teori yang telah timbul. Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah masih dibawah pemerintahanKesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai Saba kerana kehadiran pisang saba, salah satu jenis pisang yang ditemui di pantai rantau ini. Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei, ianya telah dikatakan bahawa Sabah adalah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu[6] atau sebelah utara sungai.[7] Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang dari Sabak, perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana gula kabung diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini.[8]

Sesetengah teori juga mengatakan bahawa Sabah pernah dirujuk sebagai Seludang dalam teks 1365 Jawa yang dikenali sebagai Nagarakretagama ditulis oleh Empu Prapañca.[9]

Geografi


Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Kepulauan Melayu.

Bahagian barat Sabah amnya adalah kawasan pergunungan dengan Banjaran Crocker merupakan banjaran yang mempunyai tinggi sekitar 1,000 hingga 4,000 meter. Pada ketinggian 4,095 meter, Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Kepulauan Melayu (tidak termasuk New Guinea) dan diiktiraf sebagai gunung yang kesepuluh tertinggi di Asia Tenggara.[10]

Hutan belantara di Sabah dikategorikan sebagai hutan hujan tropika dan merupakan tuan rumah kepada pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan liar. Taman Negara Kinabalu telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000 kerana kekayaannya dalam kepelbagaian tumbuhan, juga digabungkan dengan keadaan geologi, topografi serta iklim yang unik.[11]

Berada berdekatan Gunung Kinabalu ialah Gunung Tambuyukon yang mempunyai ketinggian 2,579 meter dan merupakan puncak ketiga tertinggi di negeri ini.[12] Bersebelahan dengan Banjaran Crocker pula ialah Banjaran Trusmadi dengan puncaknya Gunung Trusmadi yang merupakan gunung kedua tertinggi di negeri ini selepas Gunung Kinabalu dengan ketinggian 2,642 meter.


Pemandangan di Ranau yang sememangnya terkenal dengan kawasan bergunung-ganang.

Bahagian tengah dan timur Sabah secara amnya terdiri daripada banjaran gunung, dataran dan juga bukit. Sungai Kinabatanganbermula dari banjaran melalui kawasan tengah ke arah pantai timur sehinggalah keluar ke Laut Sulu.[13] Ia adalah sungai kedua terpanjang diMalaysia selepas Sungai Rajang yang terdapat di Sarawak. Hutan di sekeliling lembah sungai juga mengandungi pelbagai habitat hidupan liar.[13]

Lain-lain kawasan hidupan liar yang penting di Sabah termasuk Lembangan Maliau, Lembah Danum, Tabin, Imbak Canyon dan Sepilok.[14] Tempat-tempat ini adalah sama ada ditetapkan sebagai taman negara, rizab hidupan liar, hutan rizab, atau hutan simpan.[14]

Lebih tiga suku daripada penduduk manusia mendiami dataran pantai. Bandar-bandar utama dan pusat bandar telah tumbuh di sepanjang pantai Sabah. Kawasan pedalaman masih jarang berpenghuni dan lebih tertumpu kepada perkampungan sahaja.


Sejarah 

- Kesultanan Brunei Kurun ke–16 
- Kesultanan Sulu 1658 
- Borneo Utara British 1882 
- Pendudukan Jepun 1941–1945 
- Jajahan Mahkota British 1946 
- Pemerintahan sendiri 31 Ogos 1963[2][3] 
- Penyatuan denganPersekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia[1] 16 September 1963[4] 

Penghijrahan manusia ke rantau ini dipercayai berlaku kira-kira 20,000-30,000 tahun dahulu. Dipercayai, bahawa manusia awal ini adalah daripada bangsa Australoid dan juga Negrito. Gelombang penghijrahan manusia yang seterusnya dipercayai adalah daripada bangsa Austronesia Mongoloid yang berlaku sekitar 3000 SM.

Empayar Brunei

Pada awal abad ke-7, sebuah komuniti yang dikenali sebagai Vijayapura, juga berkaitan dengan Empayar Srivijaya telah dijangkakan mempunyai kaitan dengan Empayar Brunei yang wujud di sekitar pantai laut Borneo.[15] Satu lagi kerajaan yang disyaki telah wujud awal abad ke-9 adalah Po Ni, kerajaan ini telah dipercayai wujud pada muara Sungai Brunei dan merupakan pendahulu kepada Kesultanan Brunei.[16] Kesultanan Brunei bermula selepas pemerintah Brunei memeluk Islam. Semasa pemerintahan sultan kelima yang dikenali sebagai Bolkiah antara 1473-1524, wilayah kekuasaan sultan merangkumi Sabah, Kepulauan Sulu dan Manila di utara, dan Sarawak sehinggalah Banjarmasindi selatan.[17] Pada tahun 1658, Sultan Brunei menyerahkan bahagian utara dan timur Borneo kepada Sultan Sulu atas keberhasilan dalam menyelesaikan sebuah perang saudara yang berlaku di Brunei. Pada tahun 1749 pula, Kesultanan Borneo menyerahkan selatan Palawan kepada Sepanyol.[18] Dan dalam tahun 1700-an, Sultan Sulu menyerahkan seluruh wilayahnya kepada Sepanyol.

Borneo Utara British


Alexander Dalrymple, seorang pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris yang telah menyimpulkan satu perjanjian dengan Sultan Sulubagi membolehkan beliau menubuhkan sebuah pos perdagangan di rantau ini.

Pada tahun 1761, Alexander Dalrymple, seorang pegawai Syarikat Hindia Timur British menyimpulkan satu perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membolehkan beliau menubuhkan sebuah pos perdagangan di rantau ini, walaupun ramai yang menjangkakan ia akan menemui kegagalan. Pada tahun 1846, pulau Labuan di pantai barat Sabah telah diserah kepada pihak British oleh Sultan Brunei dan pada tahun 1848 ia telah menjadi jajahan British. Berikutan satu siri pemindahan, hak ke atas Borneo Utara telah dipindahkan ke Alfred Dent, dimana pada tahun 1881 telah dibentuk Persatuan Provinsi Borneo Utara British yang merupakan pendahulu kepada Syarikat Borneo Utara British.[19] Pada tahun berikutnya, Syarikat Borneo Utara British telah dibentuk dan Kudat telah dijadikan sebagai pusat pemerintahan. Namun pada tahun 1883, pusat pemerintahan telah dipindahkan ke Sandakan. Pada tahun 1885, British, Sepanyol, dan Jerman menandatangani Protokol Madrid pada tahun 1885 bagi mengiktiraf kedudukan Sepanyol di Kepulauan Sulu dan sebagai balasan, Sepanyol melepaskan semua tuntutannya ke atas Borneo Utara.[20] Pada tahun 1888, Borneo Utara telah menjadi naungan British.

Pendudukan Jepun

Tentera Jepun mendarat diPantai Barat Borneo Utara.

Sebagai salah satu siri dalam Perang Dunia Kedua, tentera Jepun telah mendarat di Labuan pada 1 Januari 1942 dan terus menguasai seluruh pulau Borneo. Dari tahun 1942-1945, angkatan tenteraJepun telah menguasai Borneo Utara dan pulau-pulau disekelilingnya. Pengeboman oleh Tentera Bersekutu juga telah menyebabkan banyak kemusnahan bandar-bandar, antara yang paling teruk adalah Sandakan. Di Sandakan juga telah dibina sebuah kem yang dikendalikan oleh pihak Jepun bagi menyiksa tawanan perang British dan Australia. Tahanan tersebut menderita pada keadaan yang sangat tidak berperikemanusiaan, dan pengeboman oleh pihak Tentera Bersekutu telah menyebabkan Jepun terpaksa memindahkan kemnya ke pedalaman Ranau yang berada pada 260 kilometer. Semua bilangan banduan telah dikurangkan kepada 2,504 dan juga dipaksa untuk berarak ke Kawat Maut Sandakan. Kecuali bagi enam tahanan Australia, dimana semua banduan telah meninggal dunia ketika itu. Perang ini berakhir pada 10 September 1945. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British dan pada tahun 1946 negeri ini dengan rasminya menjadi Jajahan mahkota British. Jesselton telah menggantikan Sandakan sebagai pusat pemerintahan dan British terus memerintah Borneo Utara.

Persekutuan Malaysia

Pengisytiharan Malaysia telah diadakan diJesselton, Borneo Utara pada 16 September 1963.

Pada 31 Ogos 1963, Borneo Utara telah mencapai pemerintahan sendiri dan pada tahun 1962, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan oleh pihak British bagi memungut dan menentukan pandangan rakyat negeri ini dan juga Sarawak sama ada menyokong cadangan untuk membentuk Persekutuan Malaysiaataupun sebaliknya. Suruhanjaya ini ternyata digemari oleh penduduk dan kebanyakan pemimpin masyarakat etnik Sabah seperti, Tun Mustapha yang mewakili umat Islam, Tun Fuad Stephens mewakili pribumi yang bukan Islam, dan Khoo Siak Chew yang mewakili kaum Cina menyokong pembentukan. Akhirnya pada 16 September 1963, Borneo Utara dengan rasminya bersatu dengan Tanah Melayu, Sarawak dan juga Singapura bagi membentukPersekutuan Malaysia.[21][22][23]

Sebelum pembentukan Malaysia sehingga tahun 1966, Indonesia telah mengamalkan dasar bermusuhan ke atas pihak British yang berselindung disebalikTanah Melayu, dan apabila wujudnya Malaysia. Perang telah diisytiharkan berpunca dari apa yang dianggap Presiden Indonesia iaitu Sukarno sebagai pengembangan pengaruh British di rantau ini dan niat mereka untuk merampas kawalan ke atas keseluruhan Borneo yang berada di bawah kekuasaanRepublik Indonesia. Tun Fuad Stephens telah menjadi ketua menteri Sabah yang pertama. Manakala, Tun Mustapha menjadi Yang di-Pertua Negeri yang pertama. Sabah mengadakan pilihan raya negeri yang pertama pada tahun 1967. Sehingga 2013, sebanyak 11 pilihan raya negeri telah diadakan. Sehingga kini, Sabah sudah mempunyai 14 ketua menteri dan 10 Yang di-Pertua Negeri. Mulai tahun 1970, pelarian Filipina dari Mindanao yang terdiri daripada Orang Moro dan Suluk mulai tiba di Sabah hasil daripada Pemberontakan di Selatan Filipina dan mula mengambil tempat dalam wilayah.[24] Pada 14 Jun 1976, kerajaan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan Petronas, iaitu syarikat gali minyak dan gas milik kerajaan persekutuan, namun pembahagian hak bagi pengeluaran dan hasil daripada petroleum yang ditemui di perairan Sabah hanyalah sebanyak 5%.[25]

Kerajaan negeri Sabah telah menyerahkan Pulau Labuan dan 6 pulau kecil di sekelilingnya kepada kerajaan persekutuan Malaysia dan pada 16 April 1984, ia telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Pada tahun 2000 pula,Kota Kinabalu telah diisytiharkan status bandaraya, menjadikannya bandar ke-6 di Malaysia dan merupakan bandar pertama di negeri ini. Juga pada tahun tersebut, Taman Negara Kinabalu telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia menjadikan ia tapak warisan yang pertama di negara ini yang mendapat pengiktirafan seperti itu. Pada tahun 2002, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan bahawa Pulau Sipadan dan Ligitan yang telah lama menjadi isu hangat di antara Indonesia dan Malaysia adalah sebahagian dari Sabah dan juga Malaysia.[26]

Pertikaian Borneo Utara

Pertikaian Borneo Utara adalah hasil daripada tuntutan pihak Filipina terhadap kawasan bahagian timur Sabah di Malaysia (Sabah dikenali sebagai Borneo Utara sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963). Filipina, melalui warisan Kesultanan Sulu menyatakan bahawa Sabah hanya dipajak oleh Syarikat Borneo Utara British dan Sulu masih mempunyai kedaulatan ke atasnya. Walau bagaimanapun, Malaysia menganggap pertikaian ini sebagai "bukan isu", kerana sudah sememangnya tidak ada keinginan dari rakyat sebenar Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah Filipina atau Kesultanan Sulu.[27][28] Seperti yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-3 iaitu U Thant, kemerdekaan Borneo Utara adalah hasil daripada hasrat majoriti rakyat wilayah tersebut sendiri pada pilihan raya 1963.[29]

Ini diperkukuh lagi dengan pernyataan Mahkamah Keadilan Antarabangsa bahawa,

“ ... Tidak kira bagaimana menuntut, berdasarkan instrumen undang-undang lama atau kuasa, (kecuali dalam keadaan yang paling luar biasa) mengguna pakai undang-undang ke atas hak yang bukan merupakan pemerintahan sendiri ke atas orang yang hendak menuntut kemerdekaan dan mewujudkan kedaulatan mereka melalui penentuan nasib sendiri.[29] ”

Kerajaan negeri

Negeri Sabah ditadbiri oleh Dewan Undangan Negeri dan Jemaah Menteri atau Kabinet Negeri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri.[30] Kabinet Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai Ahli Dewan Undangan Negeri (60 kawasan) yang dipilih rakyat melalui Pilihanraya Umum setiap lima tahun.[30] Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.[30] Jabatan Ketua Menteri merupakan tiang pentadbiran negeri[31] yang menempatkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain pejabat.

Pentadbiran

Sabah terdiri dari lima bahagian yang seterusnya dibahagikan lagi kepada beberapa daerah seperti di bawah.



  • Bahagian Kudat
  • Bahagian Pantai Barat
  • Bahagian Pedalaman
  • Bahagian Sandakan
  • Bahagian Tawau
  1. Kudat
  2. Kota Marudu
  3. Pitas
  4. Kota
  5. Belud
  6. Kota Kinabalu
  7. Papar
  8. Penampang
  9. Putatan
  10. Ranau
  11. Tuaran
  12. Beaufort
  13. Keningau
  14. Kuala
  15. Penyu
  16. Nabawan
  17. Sipitang
  18. Tambunan
  19. Tenom
  20. Beluran
  21. Kinabatangan
  22. Sandakan
  23. Tongod
  24. Kunak
  25. Lahad Datu
  26. Semporna
  27. Tawau
  28. Labuan
Semasa pemerintahan British, Residen telah dilantik untuk mentadbir setiap bahagian dan disediakan dengan sebuah istana (Istana). Pentadbiran setiap bahagian ini lebih kurang sama dengan pentadbiran di British Malaya. Namun kini, jawatan Residen telah dimansuhkan dan digantikan dengan pegawai daerah bagi memerintah setiap daerah.

Nama BahagianDaerahLuas (km²)Populasi (2010)[32]

1 Pantai Barat Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Putatan, Ranau, Tuaran 7,588 1,067,589
2 Pedalaman Beaufort, Nabawan, Keningau, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan, Tenom 18,298 424,534
3 Kudat Kota Marudu, Kudat, Pitas 4,623 192,457
4 Sandakan Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Tongod 28,205 702,207
5 Tawau Kunak, Lahad Datu, Semporna, Tawau 14,905 819,955

Seperti di seluruh Malaysia, kerajaan tempatan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.[33] Walau bagaimanapun, sejak penggantungan pilihanraya kerajaan tempatan ketika Darurat, dimana ianya sangat kurang sengit di Sabah berbanding lain-lain negeri, tidak ada pilihan raya tempatan kerana pihak berkuasa tempatan mempunyai pegawai mereka yang dilantik oleh majlis eksekutif kerajaan negeri.[34][35]

Politik

Menjelang pembentukan Malaysia pada tahun 1963, kerajaan sementara Borneo Utara telah menyerahkan Perjanjian 20 Perkara kepada kerajaan Malaya sebagai syarat sebelum menyertai Persekutuan. Borneo Utara bersetuju dengan pembentukan Malaysia dengan syarat bahawa hak-hak negeri mereka dilindungi. Pada mulanya, negeri ini memasuki Malaysia sebagai wilayah autonomi. Walau bagaimanapun, bermula dari tempoh kedua pentadbiran BERJAYA di bawah pimpinan Datuk Harris, autonomi ini telah beransur-ansur terhakis di bawah pengaruh persekutuan dan hegemoni.[36] Antara perdebatan politik yang sering dibangkitkan oleh penduduk negeri ini adalah penyerahan pulau Labuankepada kerajaan Persekutuan dan perkongsian yang tidak sama rata serta eksploitasi sumber petroleum. Ini telah menyebabkan sentimen anti-persekutuan yang kuat sehingga terdapat panggilan untuk berpisah dari Persekutuan di kalangan rakyat Sabah.

Sehingga pilihan raya umum Malaysia, 2008, Sabah, bersama-sama dengan negeri Kelantan dan Terengganu, merupakan tiga negeri di Malaysia yang pernah diperintah oleh parti pembangkang. Diketuai oleh Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, PBS membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya 1985 dan memerintah Sabah sehingga 1994. Pada pilihan raya 1994, walaupun PBS memenangi pilihanraya, pengambilalihan oleh komponen BN menyebabkan BN yang mempunyai majoriti kerusi dan seterusnya mengambil alih pimpinan kerajaan negeri.[37] Salah satu ciri unik politik Sabah adalah ketika satu dasar dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada tahun 1994 di mana jawatan ketua menteri diputar di kalangan pihak gabungan setiap 2 tahun tanpa mengira parti pada masa itu, teorinya telah memberikan satu jumlah sama rata bagi setiap kumpulan etnik utama untuk memerintah negeri ini. Walau bagaimanapun, amalan sistem ini bermasalah kerana waktu yang diberikan adalah terlalu singkat untuk mana-mana pemimpin untuk membawa keluar pelan jangka panjang.[38] Namun, amalan ini telah berhenti sejak dengan kuasa yang kini dipegang oleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh parti UMNO, yang juga memegang majoriti di parlimen kebangsaan.

Campur tangan langsung politik oleh kerajaan persekutuan, contohnya pengenalan [UMNO] dan pemansuhan pos ketua menteri pada awal Konflik PBS-BERJAYA pada tahun 1985, juga dengan bersama-sama memilih lantik puak saingan di Malaysia Timur yang kadang-kadang dilihat sebagai taktik politik oleh kerajaan persekutuan pimpinan UMNO untuk mengawal dan mengurus kuasa autonomi negeri-negeri Borneo.[39] Kerajaan persekutuan bagaimanapun cenderung untuk melihat bahawa tindakan ini adalah wajar sebagai pandangan sempit terhadap orang di negeri ini yang kononnya tidak harmoni dengan pembangunan negara. Ini merumitkan hubungan kerajaan Persekutuan dan negeri sehingga menjadi sumber perdebatan utama dalam politik Sabah.

Ekonomi

Ekonomi negeri Sabah bergantung pada tiga sektor utama iaitu pembuatan, pertanian, pembalakan dan pelancongan. Petroleum dan minyak sawit kekal sebagai dua komoditi yang paling banyak dieksport. Import Sabah paling utama ialah dalam industri automotif, produk petroleum, baja, makanan serta barangan perkilangan.[40]

Pembuatan

Pelabuhan kontena di Teluk Sepanggar.

Terdapat beratus-ratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri kecil (IKS) di Sabah.[41] Beberapa syarikat juga telah mendapat nama seperti Gardenia. Kerajaan Sabah juga serius dalam mengejar perindustrian selaras dengan Pelan Koridor Pembangunan Sabah khususnya di kawasan Sepanggar dimana Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan Terminal Pelabuhan Kontena Sepanggar terletak.

Pembalakan dan Pertanian

Sabah juga terkenal dengan hasil kayu balak,[42] tetapi dengan kekurangan yang semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan, usaha ekologi untuk menyelamatkan baki hutan yang masih ada telah dibuat pada awal tahun 1982 melalui kaedah pemuliharaan hutan dengan mengumpul spesies benih kayu yang berbeza dan menjalankan penanaman semula. Bagaimanapun,minyak sawit telah muncul sebagai pilihan petani untuk ditanam sebagai tanaman pertanian.[43][44] Lain-lain produk pertanian penting dalam ekonomi Sabah termasuk juga getah dankoko.[45][46]

Pelancongan

Pelancongan, terutamanya eko-pelancongan, merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Sabah. Pada tahun 2012, kira-kira 2,327,476 pelancong telah melawat Sabah[47] dan dijangkakan bahawa jumlah itu akan terus meningkat berikutan pelbagai aktiviti dan promosi yang diadakan oleh kerajaan negeri dan lembaga pelancongan negara. Selain itu, faktor kestabilan dan keselamatan negeri ini juga telah menjadikannya sebagai salah satu destinasi yang dipilih oleh para pelancong. Antara destinasi yang menjadi tarikan utama pelancong adalah seperti Kolam air panas Poring, Tanjung Simpang Mengayau, Taman Pertanian Sabah, Taman Hutan Hujan Sandakan, Gunung Kinabalu, Lembah Danum, Sungai Padas, Pulau Sipadan, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Taman Pulau Penyu dan Monyet Proboscis Teluk Labuk.[48]

Bahasa

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang dituturkan hampir seluruh etnik di negeri ini dan dialek Sabah yang dipanggil Baku adalah sangat berbeza dengan dialek Johor-Riau yang dituturkan di Johor.[49] Sabah juga mempunyaislanga sendiri yang banyak terdapat dalam bahasa Melayu mereka, kebanyakannya berasal dari perkataan asli Indonesia. Di samping itu, bahasa pribumi seperti Kadazan, Dusun, Bajau, Brunei dan Murut mempunyai segmen mereka sendiri pada siaran radio negeri Sabah.

Bangsa

Rakyat Sabah dibahagikan kepada 32 kumpulan etnik, di mana hanya 28 diiktiraf sebagai Bumiputera, atau pribumi.[2]

Kumpulan etnik terbesar yang bukan bumiputera adalah Bangsa Cina Han sebanyak (13.2%). Manakala dialek Cina yang berpengaruh di Sabah adalah Hakka dan diikuti oleh Kantonis dan Hokkien. Kebanyakan penempatan orang Cina di Sabah tertumpu di bandar dan pekan utama, iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan dan juga Tawau. Kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sabah ialah Kadazan-Dusun, diikuti dengan Bajau, Brunei dan Murut. Terdapat juga sebilangan kecil kaum India dan lain-lain bangsa Asia di Sabah berbanding di Semenanjung Malaysia. Orang Cocos juga merupakan salah satu etnik minoriti yang tinggal di Sabah terutamanya di Bahagian Tawau. Secara umumnya, semua orang yang datang dari Sabah dikenali sebagai Sabahan dan mereka juga menganggap diri mereka seperti itu.

Demografi Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, antaranya:[50]
  • Kadazan-Dusun
  • Melayu Brunei
  • Etnik Melayu
  • Kwijau
  • Murut
  • Bajau
  • Iranun
  • Lotud
  • Rungus
  • Tambanuo
  • Dumpas
  • Mangka'ak
  • Orang Sungai
  • Kedayan
  • Bisaya
  • Tidong
  • Maragang
  • Idahan
  • Minokok
  • Rumanau
  • Paitan
  • Lun Bawang dan Lun Dayeh
  • Orang Cocos
  • Suluk
  • Etnik Cina Sabah yang mempunyai keturunan campuran dengan pribumi (Sino)
Lain-lain bangsa:
  • Semenanjung Malaysia – Melayu, Cina, India
  • Orang Cina – Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan
  • Orang Filipina – Chavacano, Bisayan, Ilocano, Bajau, Iranun, Suluk dan Tausug
  • Orang Indonesia – Bugis, Banjar, Jawa, Timor
  • India – Punjabi, Tamil
  • Sarawakian – Iban, Penan, Dayak, Orang Ulu, Melayu Sarawak, Cina Sarawak
  • Pakistan – Pashtun
  • Orang Arab – Hadhrami
  • Bangsa Jepun
  • Bangsa Korea
Budaya

Penduduk negeri ini terdiri dari berbagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan[51] dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antaranya ialah Kadazandusun, Bajau, Melayu Brunei, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Suluk dan lain-lain.

Penduduk

Populasi di Borneo Utara – Statistik 1960[52] (sekarang Sabah dan Labuan)

Populasi Peratus 
  • Kadazan-Dusun   32%
  • Murut   4.9%
  • Bajau   13.1%
  • Melayu Brunei   0.4%
  • Lain-lain bangsa Muslim 15.8%
  • Orang Indonesia  5.5%
  • Orang Filipina   1.6%
  • Cina   23%
Sumber: Borneo Utara British (1961)

Penduduk Sabah meningkat sebanyak 651,304 pada tahun 1970 dan meningkat lagi kepada 929,299 selepas sedekad. Tetapi dalam dua dekad selepas tahun 1980, populasi penduduk negeri ini meningkat dengan sangat ketara dengan mempunyai penduduk sebanyak 1.5 juta secara mengejut dan mencapai 2,468,246 menjelang tahun 2000. Sehingga tahun 2010, bilangan ini telah berkembang lagi sehingga 3,117,405, dengan warga asing yang menjadikan 27% daripada jumlah populasi di negeri ini.[53]

Jumlah penduduk Sabah pada tahun 2010 adalah 3,117,405 dan menunjukkan lebih daripada 400 peratus peningkatan dari jumlah populasi pada tahun 1970 yang sebanyak 651,304.[54] Ini menunjukkan Sabah merupakan negeri ketiga yang mempunyai paling ramai penduduk di Malaysia selepas Selangor dan Johor. Sabah mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi penduduk di negara ini sebagai salah satu hasil daripada pendatang tanpa izin melalui Projek IC yang kebanyakannya datang dari wilayah-wilayah Islam di selatan Filipina.[55][56] Dan, kini penduduk Sabah yang kebanyakannya beragama Kristian hanya menjadi kelompok minoriti dalam tanah air mereka sendiri.[52][57] Oleh itu, pada 1 Jun 2012, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah yang berkaitan.[58]

Populasi di Sabah – Statistik 2010[59]

Populasi Peratus 
  • Kadazan-Dusun   17.82%
  • Murut   3.22%
  • Bajau   14%
  • Melayu Brunei   5.71%
  • Lain-lain bumiputera[60]   20.56%
  • Cina   9.11%
  • Lain-lain bukan bumiputera   1.5%
  • Warga Asing   27.81%
Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia.

Populasi yang dianggarkan berdasarkan kumpulan etnik pada tahun 2010 adalah seperti berikut:[61]
  • Kadazan-Dusun: 17.82% (555,647)
  • Bajau: 14% (436,672)
  • Melayu Brunei: 5.71% (178,029)
  • Murut: 3.22% (100,631)
  • Lain-lain bumiputera:[60] 20.56% (640,964) – yang meliputi kaum Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Bawang dan Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, Kedayan, Orang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida’an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino, Jawa
  • Cina (majoriti Hakka): 9.11% (284,049)
  • Lain-lain bukan bumiputera: 1.5% (47,052)
  • Warga Asing (Filipina, Indonesia): 27.81% (867,190)
Pendidikan

Pendidikan di negeri ini telah bermula sejak zaman penjajah lagi, ketika itu sebuah sekolah telah dibina pada tahun 1883 di Sandakan oleh pihak misionari Roman Katolik.[62]Pelaksanaan pendidikan di Sabah juga diteruskan ketika Perang Dunia ke-II di mana ketika waktu pemerintahan Jepun, falsafah Jepun diajarkan kepada penduduk tempatan.[62]Namun ianya tamat apabila kekalahan Jepun dan diteruskan kembali dengan pendidikan Barat.[62] Pelan pendidikan lima tahun telah dilaksanakan dan digubal semasa tempoh 1947–1952 oleh pihak British.[62] Antara perkara yang ditekankan dalam pelan pendidikan ini adalah seperti; enam tahun pendidikan sekolah rendah untuk semua, pembanterasan buta huruf, pendidikan kesihatan dan pertanian, pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan juga latihan vokasional.[62] Dalam sistem pendidikan berkenaan,bahasa Inggeris merupakan bahasa utama.[62] Setelah menyertai Persekutuan Malaysia, pendidikan di Sabah telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.[62] Perihal pendidikan ini terkandung dalam Akta Pendidikan 1961 yang kemudiannya dikembangkan ke Sabah pada tahun 1976.[62]

Agama

Agama di Sabah – Statistik 2010[57]

Agama Peratus 
  • Islam   65.4%
  • Kristian   26.6%
  • Buddha   6.1%
  • Lain-lain   1.6%
  • Tidak beragama   0.3%
Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 kira-kira 65.4% penduduk Sabah beragama Islam, 26.6% lagi adalah Kristian, 6.1% Buddha, 1.6% lain-lain dan 0.3% tidak beragama.[57]

Sejak penyatuan pada tahun 1963, Sabah telah mengalami perubahan yang ketara dalam komposisi agama, terutama dalam peratusan penduduknya yang menganut agama Islam. Pada tahun 1960, peratusan umat Islam adalah 37.9%, manakala Kristian 16.6%, kira-kira satu pertiga lagi kekal mengamalkan fahaman animisme.[63] Pada tahun 2010, peratusan umat Islam telah meningkat kepada 65.4%, manakala mereka yang menganut agama Kristian hanya meningkat sedikit iaitu pada 26.6% dan Buddha pada 6.1%.

Ini disebabkan oleh aktiviti dasar pengislaman yang agresif pada tahun 1969-1975 ketika negeri itu berada di bawah pemerintahan USNO yang diketuai oleh Tun Mustapha dengan sokongan kuat dari kerajaan pusat. Pada 14 Oktober 1969, USNO telah membentuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau lebih dikenali sebagai (USIA).[64] Mereka telah menjalankan kempen pengislaman di seluruh negeri ini dengan bantuan kerajaan Persekutuan yang menyemai nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam Sabah.[65]Sesiapa yang menentang akan dianggap sebagai pelampau atau sesat dan beberapa orang telah ditahan di bawah ISA.[66]

Pada tahun 1973, USNO telah meminda Perlembagaan Sabah untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi Negeri Sabah. USIA bersungguh-sungguh mempromosikan penukaran agama pribumi penduduk Sabah kepada Islam dengan menawarkan pelbagai ganjaran dan kedudukan pejabat, ditambah lagi melalui penghijrahan pendatang asing beragama Islam dari Filipina dan Indonesia. Pemecatan mubaligh Kristian di negeri ini juga telah dilakukan bagi mengurangkan penganut Kristian pribumi di Sabah.[67]

Dasar ini diteruskan apabila Sabah berada di bawah pemerintahan BERJAYA yang diketuai oleh Datuk Harris, di mana beliau secara terbuka menggesa semua umat Islam di Sabah tentang pentingnya untuk mempunyai satu majoriti Islam bagi mengawal populasi Kadazan-Dusun yang majoritinya beragama Kristian tanpa memerlukan bantuan dari kaum minoriti Cina.[68] Akibatnya, ini telah mengubah demografi Sabah dalam hanya 50 tahun.

Rujukan

↑ Malaysia Act 1963
↑ 2.0 2.1 Oxford Business Group, ed. (2011), The Report: Sabah 2011, Oxford Business Group, p. 13,ISBN 1907065369, 9781907065361, capaian 2013-01-15
↑ "SABAH INDEPENDENCE DAY ON AUG 31,1963". Sabahkini.net. 2011-09-11. Capaian 2013-01-15.
↑ Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore
↑ Rodolfo Severino, ed. (2011), Where in the World Is the Philippines?: Debating Its National Territory, Institute of Southeast Asian Studies, p. 62, ISBN 9814311715, 9789814311717, capaian 2013-01-15
↑ Allen R. Maxwell. "The Origin of the name 'Sabah'". 
↑ W. H. Treacher (1891). British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan, and North Borneo. The Project Gutenberg eBook. p. 95. Capaian 15 January 2013.
↑ Kaur, Jaswinder. "Getting to Root of the Name Sabah", New Straits Times, 16 September 2008. 
↑ Origin of Place Names – Sabah. National Library of Malaysia. Capaian 15 Januari 2013.
↑ Diberikan definisi di Kepulauan Melayu tidak termasuk New Guinea, di mana 22 gunung mencapai 4100 m.
↑ Kinabalu Park – Justification for inscription, UNESCO World Heritage Centre. Capaian 15 Januari 2013.
↑ "Gunung Tambuyukon, Sabah". Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur. Capaian 15 Januari 2013.
↑ 13.0 13.1 About the Kinabatangan area, WWF. Capaian 15 Januari 2013.
↑ 14.0 14.1 "Pengenalan Kepada Sabah Geografi & Alam Sekitar". Kerajaan Negeri Sabah. Capaian 15 Januari 2013.
↑ "East Malaysia and Brunei". Ancient Chinese Trading Links (Periplus Editions): 30. Mac 2001. ISBN 978-962-593-180-7. Capaian 15 Januari 2013.
↑ Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya (1982). A History of Malaysia. MacMillan Press Ltd.. m/s. 58.ISBN 978-0-312-38121-9. Capaian 15 Januari 2013.
↑ Saunders, Graham E. (2002). A History of Brunei. RoutlegdeCurzon. m/s. 45. ISBN 978-0-7007-1698-2. Capaian 15 Januari 2013.
↑ Palawan Tourism Council: History of Palawan at the Internet Archive. Capaian 15 Januari 2013.
↑ J. M. Gullick (1967), Malaysia and Its Neighbours, The World studies series, Taylor & Francis, p. 148-149, capaian 15 Januari 2013
↑ Protocol of 1885. Sabah State Attorney-General's Chambers. Capaian 15 Januari 2013.
↑ United Nations Member States
↑ "Sabah's Heritage: A Brief Introduction to Sabah's History", Muzium Sabah, Kota Kinabalu. 1992
↑ Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri, Muslimin bin Fadzil: "Sejarah Tingkatan 3, Buku teks", published by Dewan Bahasa dan Pustaka (2005)
↑ Riwanto Tirtosudarmo (2007) (dalam Indonesian). Mencari Indonesia: Demografi-Politik Pasca-Soeharto. Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia. m/s. 122. ISBN 978-979-799-083-1. Capaian 15 Januari 2013.
↑ "Oil review panel headed by Pairin proposal", Borneo Post, 24 November 2012. Dicapai pada 16 Januari 2013. 
↑ "Sipadan Dan Ligitan Milik Malaysia.", myKMU.net, Disember 17. Dicapai pada 16 Januari 2013. 
↑ Ruben Sario. "Sulu sultan’s ‘heirs’ drop Sabah claim", 17 September 2008. Dicapai pada 16 Januari 2013. 
↑ Aning, Jerome. "Sabah legislature refuses to tackle Philippine claim", 23 April 2009. Dicapai pada 16 Januari 2013. 
↑ 29.0 29.1 Max Planck Institute for Comparative Public Law and International Law, ed. (2012), II. Substantive International Law - Second Part,;1.TERRITORY OF STATES, Max Planck Institute for Comparative Public Law and International Law, capaian 2013-01-16
↑ 30.0 30.1 30.2 "Perlembagaan Malaysia". Universiti Utara Malaysia. Capaian 16 Januari 2013.
↑ "Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri". Kerajaan Negeri Sabah. Capaian 16 Januari 2013.
↑ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010". Department of Statistics, Malaysia. Capaian 15 Januari 2013.
↑ Oxford Business Group, ed. (2011), The Report: Sabah 2011, Oxford Business Group, p. 15, ISBN 1907065369, 9781907065361, capaian 2013-01-16
↑ Agreement concerning certain overseas officers serving in Sabah and Sarawak (1965)
↑ RELATING TO PENSIONS AND COMPENSATION FOR OFFICERS DESIGNATED BY THE GOVERNMENT OF THE UNITED KINGDOM IN THE SERVICE OF THE STATE GOVERNMENT OF SABAH OR OF SARAWAK (1973)
↑ Regina Lim (2008), Federal-State Relations in Sabah, Malaysia: The Berjaya Administration, 1976-85, Institute of Southeast Asian Studies, p. 68, ISBN 9812308121, 9789812308122, capaian 2013-01-19
↑ Boon Kheng Cheah (2002), Malaysia: The Making of a Nation, Volume 1 of History of Nation-Building Series, Institute of Southeast Asian Studies, p. 63, ISBN 9812301755, 9789812301758, capaian 2013-01-19
↑ K. Kesavapany, Kin Wah Chin (2004), Southeast Asian Affairs 2004, Institute of Southeast Asian Studies, p. 157,ISBN 9812302387, 9789812302380, capaian 2013-01-19
↑ Frederik Holst (2012), Ethnicization and Identity Construction in Malaysia, Routledge Malaysian Studies Series, London: Routledge, ISBN 1136330593, 9781136330599, capaian 2013-01-19
↑ SABAH SELECTED FACTS AND FIGURES, Institute for Development Studies
↑ "Federation of Sabah Manufacturers (FSM)". Fsm.my. 11 September 1984. Capaian 16 Januari 2013.
↑ Department of Statistics Malaysia, ed. (1947–2010), PERHUTANAN - Department of Statistics Malaysia, Sabah: Department of Statistics Malaysia, p. 129–130, capaian 2013-01-16
↑ "Sabah kekal pengeluar utama minyak sawit negara - Bernard". Utusan Malaysia. 27 Februari 2012. Capaian 16 Januari 2013.
↑ "SABAH PENGELUAR UTAMA MINYAK SAWIT". Sabahkini.net. 28 Februari 2012. Capaian 16 Januari 2013.
↑ "Sasar jadi pengeluar getah utama dunia". Berita Harian. 10 November 2011. Capaian 16 Januari 2013.
↑ "Pengeluaran". Lembaga Koko Malaysia. Capaian 16 Januari 2013.
↑ Sabah : Visitors Arrival by Nationality 2012, Sabah Tourism Board. Capaian 16 Januari 2013.
↑ Tempat Menarik Sabah, Pejabat Perhubungan Negeri Sabah. Capaian 27 Januari 2013.
↑ "Language And Social Context". Streetdirectory.com. 13 Mei 1969. Capaian 16 Januari 2013.
↑ Languages of Malaysia (Sabah). Ethnologue. Retrieved on 16 Januari 2013
↑ Kepelbagaian Budaya Suku Kaum Di Sabah Perlu Di Dokumentasi - Rais Bernama. 22 Januari 2010.
↑ 52.0 52.1 Sadiq, Kamal (2005). "When States Prefer Non-Citizens Over Citizens: Conflict Over Illegal Immigration into Malaysia" (PDF). International Studies Quarterly 49: 101–122. doi:10.1111/j.0020-8833.2005.00336.x. Capaian 2008-04-23.
↑ Mahathir rejects Sabah Royal Commission of Inquiry (RCI) plan
↑ Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010 (Census 2010), Seite 369
↑ "SPECIAL REPORT: Sabah's Project M" (fee required), Malaysiakini, 27 Jun 2006. Dicapai pada 16 Januari 2013. - where "M" stood for Mahathir Mohamad
↑ Mutalib M.D. "IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?" (2006)
↑ 57.0 57.1 57.2 "2010 Population and Housing Census of Malaysia". Department of Statistics, Malaysia. Capaian 2012-06-17. p. 92
↑ "Najib announces setting up of RCI to probe issue of illegal immigrants in Sabah", Borneo Post Online, 2 Jun 2012. Dicapai pada 16 Januari 2013. 
↑ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (dalam Malay and English). Department of Statistics, Malaysia. Capaian 2012-08-28. p. 71
↑ 60.0 60.1 Bumiputera di Sabah bermakna jika salah satu daripada ibu bapa adalah berketurunan Melayu Islam atau pribumi Sabah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 160A (6)(a) Perlembagaan Malaysia; dan anaknya akan dianggap sebagai Bumiputra
↑ "Total population by ethnic group, administrative district and state, Malaysia, 2010". Statistics.gov.my. Capaian 16 Januari 2013.
↑ 62.0 62.1 62.2 62.3 62.4 62.5 62.6 62.7 "SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI SABAH (1963-1988)". Sabah Education. Capaian 25 Januari 2013.
↑ "Religion and Societies: Asia and the Middle East - Google Books". Books.google.com.my. Capaian 16 Januari 2013.
↑ Pertubuhan Islam Seluruh Sabah websites
↑ Sabah civil service: ‘Chief secretary is lying’
↑ Jeffrey Kitingan a Sabahan politician under ISA detainee stories by Nilakrisna James, ‘Enlightened’ Jeffrey recalls ISA’s cruelty, The Free Malaysia Today. 29 September 2011.
↑ "Federal-State Relations in Sabah, Malaysia: The Berjaya Administration, 1976-85 - Regina Lim - Google Books". Books.google.com.my. Capaian 16 Januari 2013.
↑ "Asean Forecast Vol 5 No. 8: August 1985: Sabah - A New Story Elections And Its Aftermath". Asiandialogue.com. Capaian 16 Januari 2013.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments