5 Daerah Diisytihar Kawasan Keselamatan Khas Sabah
|  | 
| 5 Daerah Diisytihar Kawasan Keselamatan Khas Sabah | 
Kerajaan mengisytiharkan lima daerah di pantai timur Sabah, sebagai  Kawasan Keselamatan Khas Sabah. Ia bertujuan menjaga kedaulatan dan  keselamatan kawasan berkenaan.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
"Saya ingin beri keyakinan pada rakyat Sabah bahawa dalam soal  keselamatan dan kedaulatan Sabah, kerajaan akan lakukan apa saja untuk  jamin keamanan dan keselamatan dan kedaulatan Sabah." 
Untuk  menyokong apa yang saya nyatakan sebagai pendirian kerajaan Malaysia,  saya ingin umumkan kewujudan kawasan special security area, akan  meliputi kawasan dari Kudat ke Tawau dan merangkumi Sandakan, Semporna,  Lahad Datu dan Kudat, cadangan ini dipersetujui jemaah menteri dan hari  ini saya umumkan hasrat kerajaan untuk wujudkan area ni dan akan  ditempatkan di Lahad Datu".
Beliau menjelaskan, langkah itu  bertujuan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan akan melakukan  apa sahaja demi menjamin keamanan dan kedaulatan Sabah.
Ini  adalah kali kedua kawasan seumpama itu diwujudkan, selepas kawasan  kawalan keselamatan Rajang, Rascom, di Sarawak pada tahun 1972.
Pembentukan Rascom diisytiharkan oleh Perdana Menteri ketika itu,  Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bagi menghapus ancaman pengganas  komunis.
Category: kawasan keselamatan khas, kudat, kunak, lahad datu, najib razak, sandakan, tawau
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments