[Gambar ] Meteor Jatuh di Russia, 15/2/2013

Unknown | 13:57 | 0 comments


Moscow – Hujan meteor yang melanda wilayah Urals, Russia pagi tadi waktu tempatan benar-benar menimbulkan warga tempatan berasa panik. Malah ramai yang menyangka kiamat telah tiba.

Seorang saksi mata bernama Gulnara Dudka menceritakan peristiwa dramatis tersebut. Wanita muda itu mengaku takut dan menyangka kiamat telah tiba.

“Saya melihat kilatan terang dari belakang saya. Semua menyala, sangat terang. Seperti di filem Armageddon ketika hujan meteor bermula, saya benar-benar menyangka itu seperti kiamat,” ujar wanita berumur 20-an tahun itu.

“Sangat mengerikan, khususnya ledakan tersebut. Sangat kuat. Saya hanya membisu. Itu begitu kuat,” cetusnya seperti dipetik dari Daily Mail, Jumaat (15/2/2013).

Kementerian Urusan Darurat Russia menyatakan, sekurang-kurangnya 474 orang cedera, 14 di antaranya mengalami luka parah akibat hujan meteor ini. Kebanyakan mereka terluka akibat terkena pecahan kaca tingkap.

Sekitar 20 ribu petugas penyelamat telah dikerah untuk menolong mangsa-mangsa yang cedera. Kementerian Pertahanan Russia menyatakan, pihaknya telah mengirimkan tentera-tentera ke lokasi yang terkena kesan hujan meteor ini.

Dilaporkan terdapat sekitar 6 bandar yang mengalami kerosakan akibat hujan meteor ini. Wilayah yang paling teruk terkena kesan hujan meteor ini ialah wilayah Chelyabinsk.

Rangkaian telefon dan signal telefon bimbit di sejumlah wilayah Chelyabinsk terputus akibat insiden ini. Dilaporkan, kerana sebuah meteor yang jatuh ke bumi terkena sebuah antena telekomunikasi tempatan.

Banyak tingkap, samada di kawasan industri dan penempatan yang pecah akibat bunyi ledakan meteor di udara.
Manakala sebuah kilang di wilayah tersebut mengalami kerosakan paling teruk kerana dihentam meteorit. Bahagian bumbung kilang tersebut runtuh dan beberapa dindingnya pecah.

Kumpulan gambar kemusnahan akibat meteor jatuh tersebut  :

















Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments