Karikatur hasutan, kartunisnya ditahan polis

Unknown | 21:31 | 0 comments

Lukisan itu seolah-olah menuduh kerajaan bersifat perkauman terhadap penduduk minoriti Melayu, kata peguamnya, Choo Zheng Xi Leslie Chew, 37, dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditangkap Jumaat lalu, dua hari selepas satu laporan dibuat mengenai lukisan kartunnya.

Karikatur berkenaan menggambarkan seorang ahli politik berucap di depan khalayak ramai dan memuji bakat ekspatriat dari India, China dan Serani. Satu karektor di khalayak ramai bertanya:

“Mengapa tidak disebut bakat Melayu?” sementara karektor lain menjawab : “Celaka! Kerajaan perkauman.” 

Jurucakap Pejabat Peguam Negara berkata: “Perkara itu kini dalam siasatan polis.” Chew sering memuatnaik karikatur politik yang berkait dengan keadaan semasa di Singapura dalam Facebooknya yang mempunyai 21,000 pengikut.

Karektor dalam karikaturnya biasanya menyerupai ahli politik tempatan walaupun kenyataan penafian dalam lamannya itu berkata ‘ia hanya rekaan semata-mata dengan karektor rekaan yang berdasarkan pada keadaan rekaan di sebuah negara rekaan. Chew berkata, dia ‘terkejut’ kerana ditahan polis tetapi akan terus melukis kartun walaupun ketika disiasat kerana polis tidak mengenakan sebarang sekatan, 

“Saya ingin menghiburkan peminat saya. Komik itu hanya untuk lawak,” kata Chew yang tidak mempunyai pekerjaan dan menyara kehidupannya dengan sumbangan daripada pembaca online.

Singapura mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang dilihat mencetuskan ketegangan antara kaum. Jika didapati bersalah, dia berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM12,000 atau kedua-duanya. - AFP

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments