Kursus percuma khas untuk usahawan wanita sabah anjuran MOSTI

Unknown | 20:18 | 0 comments

2U-1Nita adalah salah satu Projek Komuniti 2013 oleh .my DOMAIN REGISTRY (MYNIC Berhad)

Kumpulan sasaran adalah usahawan wanita yang ingin berniaga atau yang mempunyai syarikat yang berdaftar dengan ROB atau ROC.

MYNIC Berhad mempunyai sasaran untuk melatih 240 peserta membangunkan laman web e-dagang menjelang May 2013

MYNIC Berhad menetapkan sasaran untuk melengkapkan 240 laman web yang sedia digunakan menjelang May 2013

Lokasi Latihan adalah :

Sesi Pertama : 24/04/2013 hingga 26/04/2013 (9.00 Pagi - 5.00 Petang)
Makmal Komputer Khusus & Makmal Komputer Umum 3, Bangunan Pusat Multimedia, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Sesi Pertama : 27/04/2013 hingga 29/04/2013 (9.00 Pagi - 5.00 Petang)
Makmal Komputer Khusus & Makmal Komputer Umum 3, Bangunan Pusat Multimedia, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Para peserta akan mendapat :
  • Berpeluang mendapatkan Geran RM1,000 kepada pemohon melalui program GMBO. Get Malaysian Business Online (GMBO) ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian.
  • 3 hari Latihan Pembangunan Laman Web E-dagang secara percuma.
  • Nama domain yang berakhir dengan .My yang bernilai RM120 secara percuma.
  • 10GB ruang hosting dan email secara percuma
  • Boleh mempunyai dan mencipta email akaun tanpa had.
  • Sarapan pagi, makan tengah hari & minum petang secara percuma diwaktu latihan.
  • Manual Latihan & Alatulis secara percuma. 
  • Notebook/PC Akan disediakan semasa latihan
  • Sijil Latihan akan diberikan kepada peserta.
  • Servis selepas jualan dan perkhidmatan sokongan akan diberi percuma kepada semua peserta
Syarat Penyertaan :
  1. Mestilah warganegara Malaysia
  2. Mestilah seorang wanita yang ingin berniaga atau mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhan Jaya Syarikat samada Pemilik Tunggal atau Sendirian Berhad.
  3. Pemilik syarikat digalakkan datang sendiri untuk mendapatkan latihan, walaubagaimana pun wakil adalah dibenarkan,
  4. Jumlah maksima peserta untuk setiap syarikat yang dibenarkan untuk mendapatkan latihan adalah 1 orang sahaja.
  5. Sila sediakan gambar-gambar produk/servis anda didalam bentuk softcopy/digital yang akan digunakan sewaktu latihan.
Untuk keterangan lanjut, sila klik sini.

Category: , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments