Lagi Kes Budak Sekolah Bergaduh

Unknown | 18:50 | 1 comments


LEPAS satu, satu kes melibatkan pergaduhan di kalangan pelajar sekolah kita yang tersebar dalam internet.

Selepas kes pelajar wanita dan lelaki yang disiarkan semalam, kali ini berlaku kes yang sama…tetapi lebih ganas dan dahsyat.

Pelajar lelaki ini bukan saja dikejar beramai-ramai, malah penyerangnya menyerang mangsa dengan pasu bunga!

Hancur berderai pasu bunga itu jadinya, apalah nak jadi!

SEMENTARA ITU polis mengenal pasti sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Jelutong di sini yang terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan dua pelajar tingkatan dua sekolah yang sama Khamis lepas dan semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pihaknya akan merekodkan keterangan semua pelajar berkenaan dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kita menerima dua laporan polis daripada dua pelajar lelaki sekolah berkenaan semalam yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar lain dalam kejadian berasingan pada Khamis dan semalam.



“Kedua-dua kejadian buli itu berlaku kira-kira 12 tengah hari di kantin sekolah, yang dilakukan oleh kumpulan yang sama iaitu kira-kira 15 pelajar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata akibat kejadian itu, dua remaja cedera dan menerima rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang.

“Polis juga sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital untuk melengkapkan siasatan. Kita menjangkakan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat pendakwa raya selewat-lewatnya Jumaat ini,” katanya.

Menurut Gan siasatan awal mendapati kejadian itu tercetus akibat pertelingkahan dan perang mulut antara pelajar tingkatan dua terbabit dengan sekumpulan pelajar senior.

Katanya hasil pertemuan dan perbincangan antara polis, pihak sekolah dan pelajar serta waris pelajar yang terlibat hari ini, berjaya mendamaikan kedua-dua pihak. Beliau turut menegaskan kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan samseng. - mynewshub

Category: , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    ReplyDelete