Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)

Unknown | 11:15 | 0 comments


  • Ketua Yang Berhormat Datuk Zaid Ibrahim 
  • Diasaskan 16 Februari 1995
  • Ibu pejabat Petaling Jaya, Selangor
  • Keahlian 15,000
  • Ideologi Keadilan sosial 
Tapak web 
http://www.partikita.com

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA ialah sebuah parti politik di Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM). 

Parti AKIM pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1995, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu. Ada juga beberapa ahli Semangat 46 yang menyertai AKIM berikutan pembubarannya pada tahun 1996. AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk kerusi-kerusi parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya. 

Pada tahun 2008, Hanafi Mamat selaku presiden parti itu mendaftarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi hanya berjaya meraih 92 undian, sekaligus kerugian deposit RM 15,000. Walaupun begitu, beliau berharap agar pilihan raya kecil itu dijadikan landasan untuk mendedahkan partinya kepada umum. 

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti UMNO (Barisan Nasional) dan PKR (Pakatan Rakyat), dilantik sebagai Presiden baru parti ini (kemudiannya dipanggil "Ketua Parti") dalam sebuah mesyuarat yang turut menyaksikan perubahan perlembagaan baru dan nama baru parti menjadi "Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air" (KITA)[  dan dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Ketua Parti barunya di Kuala Lumpur. 
Presiden/Ketua Parti 

Presiden 

1995-February 1998: Musa Salih 
1998-1999: Mohd Din Nizam Din (acting) 
1999-2002: Mohammad Yusoff
2002-26 Disember 2009: Hanafi Mamat  
26 Disember 2009- 15 Disember 2010: Zakaria Salleh 

Ketua Parti 
15 Disember 2010-kini: Zaid Ibrahim 

Wiki

Category: , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments