Rakyat Di Sabah Digesa Beri Mandat Kepada BN

Unknown | 16:46 | 0 comments

PITAS – Rakyat di Sabah diminta memberikan mandat lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke-13 ini bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata tanggungjawab sebagai pemilih adalah berat kerana setiap undi akan membawa implikasi besar kepada masa depan negara.

“Jika sesuatu keputusan kolektif itu salah maka rakyat akan menerima akibat dan menderita sekurang-kurangnya bagi tempoh tertentu dan mungkin kerosakan telah pun berlaku secara berleluasa,” katanya pada majlis bersama rakyat di Kampung Senaja, dekat sini.

Abdul Rahim berkata pelbagai peristiwa buruk dan kesilapan yang berlaku di negara asing harus djadikan iktibar agar perkara yang sama tidak berlaku di negara ini.

Beliau turut mengingatkan penduduk di daerah ini agar menghargai kemajuan yang dibawa kerajaan BN sejak dua dekad lalu sehingga berjaya mengubah landskap setempat.

Pada majlis itu Abdul Rahim yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kudat merasmikan gelanggang futsal 1Malaysia, menyampaikan tangki 1Malaysia dan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.- BERNAMA

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments