10 mamalia yang jarang ditemui

Unknown | 23:45 | 0 comments

1.  Hairy Sakis


Monyet yang hidup di lembah sungai amazon ini kebanyakan tinggal di pokok. Mereka juga dikenal sebagai monk saki keranaa bulu kepala mereka berbentuk seperti topi pendeta (monk's cowl). Hairy Sakis sangat jarang terlihat di tangkap kerana sifat mereka yang mudah panik. Mereka cenderung panik dan mati kerana ketakutan ketika ditangkap.

2. Aardwolf


Mamalia Afrika yang menyerupai hyena kecil. Namanya Aardwolf yang bererti 'earth wolf' kerana ia tinggal di liang tanah.

3. Argali


Kambing liar terbesar (tingginya kurang lebih 120 cm) yang mempunyai tanduk yang besar dan bergulung.  Berasal dari Asia Tengah (Siberia, Mongolia, dan Tibet). Mereka terancam pupus kerana sering diburu dan digunakan dalam perubatan cina.

4. Douroucouli


Dikenali juga sebagai monyet burung hantu kerana mereka mempunyai mata coklat yang besar. Haiwan ini merupakan satu-satunya monyet nocturnal (haiwan yang mencari makan pada malam hari). Mereka berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.

5. Soulslik Eropa


Soulslik adalah nama saintifik yang diberikan kepada tupai tanah Eropah dan Asia. Mereka tidak kelihatan  seperti tupai atau haiwan pemangsa umumnya. Makanan mereka adalah daging yang amat besar (tentunya dalam ukuran mereka) seperti burung-burung kecil dan tikus.

6. Fossa


Fossa adalah haiwan terbesar dalam kumpulan musang (panjangnya kurang lebih 1.5 m) dan merupakan karnivor terbesar dari asalnya  Madagaskar. Mereka mempunyai kulit khas iaitu berwarna coklat-jingga.

7. Lesser Grison


Karnivor yang jarang diketahui orang. Mereka hidup di Patagonia dan negara-negara Amerika Selatan dengan kepanjangan 30 cm, bulu hitam dan abu-abu. Seakan-akan seperti bomerang. Di Peru, mamalia ini  dijinakkan seperti musang dan dilatih untuk memburu tikus.

8. Moon Rat


Disebut juga sebagai landak berbulu. Haiwan kelihatan aneh ini berasal dari Asia Tenggara. Bulunya yang berwarna coklat tua atau hitam kontra dengan wajah mereka yang berwarna putih. Binatang ini mempunyai hidung yang panjang sekitar 25 cm. Mereka merupakan insectivora terbesar.

9. North American Cacomistle


Berasal dari Amerika Selatan, Cacomistle adalah haiwan kecil dan pemalu, kadang-kadang disebut sebagai tupai kucing atau kucing ekor cincin kerana ekor mereka yang panjang dan bergaris membentuk seperti cincin. Cacomstile berasal dari bahasa Nahuatl yang bermakna 'half-cat' atau half mountain lion.

10. Pink Fairy Armadillo


Ini adalah armadilo peri, mempunyai panjang 120 mm. Mereka hidup di bawah tanah dan jarang terlihat, dan hampir tidak pernah ditangkap. Mereka hebat dalam melarikan diri, dengan kemampuannya yang boleh menggali diri dan masuk ke dalam tanah secara cepat dan bersembunyi dari serangan musuh.

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments