Fan page SAS tiada kaitan dengan 1SABAH

Unknown | 04:40 | 0 comments


Pada 9/5/2013 lebih kurang jam 7pm, admin telah mempublishkan satu promosi program anjuran UiTM Sabah selepas diminta bantu oleh seseorang yang admin percaya antara yang bertanggungjawab menjalankan program tersebut iaitu Larian Amal.

Selepas upload gambar promosi, admin dapati ianya telah sekali dikongsikan. Admin memeriksa siapa yang mengongsikannya.

Admin terkejut sebab gambar profil user tersebut sama dengan profile pic rasmi fanpage 1SABAH. Page tersebut boleh dicapai di sini.

Admin tiada masalah gambar itu digunakan cuma di sini admin ingin membuat penafian bahawa 1SABAH tiada kaitan dengan page tersebut.

Penafian ini dibuat bagi mengelakkan sebarang tanggapan pada masa akan datang.
Admin tiada masalah kepada sesiapa untuk menggunakan sebarang material 1SABAH sama ada mengambil sepenuhnya atau sebahagiannya atau mengubah mengikut kesesuaian selagi mana tidak merosakkan nama baik 1SABAH. Kita-kita juga baini, Sabah bah!

Category: , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments