Misteri Pulau Pembuangan Mayat Di Itali

Unknown | 18:28 | 0 comments




Poveglia adalah pulau kecil yang terletak antara Venezia dan Lido di Lagoon Venezia, Itali. Khabarnya, pulau ini tidak berpenghuni dan tertutup untuk umum kerana sejarah yang sangat menakutkan. Pada tahun 1576, Itali diserang wabak yang disebut dengan 'black plague'.

Wabak ini boleh menyebabkan kematian dan tiada penawar mengakibatkan ribuan mayat yang menjadi buruk. Orang ramai mulai panik, sehingga mereka membawa semua mayat-mayat itu ke Pulau Poveglia dan membakar mereka. Mereka juga menggali lubang-lubang di Pulau untuk mayat-mayat tersebut. 


Lebih mengerikan lagi apabila undang-undang dikuatkuasakan iaitu sesiapa sahaja yang terkena wabak ini akan diasingkan tidak kira bayi, kanak-kanak atau dewasa. Mereka akan dihantar ke pulau ini. Dianggarkan lebih dari 160,000 orang yang menjadi mangsa pembuangan di pulau ini.


Ada berita mengatakan bahawa nelayan Venesia tidak mahu mencari ikan di daerah sini kerana sering menemui sisa-sisa mayat manusia. Selain itu, ada juga yang mengatakan sering terdengar suara lonceng dari menara padahal sudah tidak ada lonceng di sana.

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments