OKU Cacat Pendengaran Ditahan Kerana Meragut

Unknown | 04:33 | 0 comments

George Town, 15 Mei -Tindakan pantas orang ramai memaklumkan kejadian samun yang berlaku di Jalan Megazine di sini malam tadi kepada polis berjaya membawa kepada penahanan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam tempoh 15 minit selepas kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu lelaki OKU yang cacat pendengaran bersama rakannya meragut seorang wanita yang baru pulang kerja.

"Ketika kejadian wanita yang bekerja sebagai promoter itu berjalan kaki sebelum dua lelaki berkenaan menghampirinya dan meragut beg mangsa serta melarikan diri.

"Mangsa menjerit meminta tolong dan orang ramai yang berada di tempat kejadian bertindak menghubungi polis memaklumkan kejadian samun itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya hasil maklumat berkenaan, polis berjaya mengesan lelaki OKU berusia 34 tahun itu ketika menyorok di bawah sebuah jambatan di Sungai Pinang.

"Manakala rakannya berusia 22 tahun berjaya melarikan diri. Polis menemui sebungkus biskut, sebotol termos dan sebotol taucu yang disamun daripada mangsa dari lelaki OKU berkenaan," katanya.

Gan berkata siasatan terhadap lelaki OKU itu mendapati dia mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk kes penyalahgunaan dadah, pecah rumah dan curi.

Katanya lelaki itu yang juga positif dadah kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali. - BERNAMA

Category:

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments