Orang Sabah akan jadi TPM dan Menteri Kewangan II ?

Unknown | 07:54 | 0 comments

Tuan Bainitin @ Abd. Halim Adun iaitu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu merupakan seorang pejuang rakyat yang telah banyak membantu rakyat menggunakan pengaruhnya walaupun sedikit bukan sahaja di Kota Marudu malah juga di Sabah seperti memperjuangkan guru-guru sandaran tidak terlatih yang telah diberhentikan perkhidmatan agar diberikan peluang untuk memasuki institut perguruan dan akhirnya usahanya berjaya walaupun pengambilan secara berperingkat.

Seketika yang lalu, Baintin telah membuat sebaran melalui statusnya seperti berikut

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Lebih kurang 3 minit yang lalu saya telah menerima perkhabaran dari putera jaya, bahawa kemungkinan negeri sabah akan mendapat seorang timbalan perdana menteri, sekaligus memegang jawatan sebagai menteri kewangan II. Semoga akan menjadi kenyataan.


Berdasarkan kepada kedudukannya sebagai orang kedua penting UMNO di Kota Marudu, adalah sangat diyakini bahawa informasi ini benar. Walau bagaimanapun, Baintin menegaskan bahawa ini baru khabar dan belum ada makluman rasmi mengenai perkara ini.

Jika berita ini benar, siapakah yang menjadi TPM dari sabah? Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Mengimbas kepada status terdahulu pemimpin BN Sabah, saudara Jamawi Jaafar pernah menyuarakan cadangan ini.

Pautan sumber

Beberapa individu lain seperti Nazri Aldusuni juga telah turut menyuarakan cadangan untuk melantik TPM dari Sabah.

Cadangan ini juga telah dipaparkan secara terbuka di fan page 1SABAH yang mempunyai followers hampir 60 ribu pada masa ini.

Pautan sumber di facebook 1SABAH
Berdasarkan kepada komen-komen yang dibuat dalam post cadangan ini, hampir semua bersetuju dan cuba memberikan nama sebagai cadangan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, hampir kesemuanya juga tiada keyakinan bahawa cadangan ini akan menjadi realiti.

Kini, berita terbaru melalui status profil facebook Baintin cuba memberikan sedikit gambaran bahawa impian ini mungkin akan menjadi realiti.

Category: , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments