Penduduk Kg Pinipi Lanas rayu bayaran pampasan dibuat secepat mungkin

Unknown | 08:03 | 0 comments

KENINGAU: Penduduk Kg. Pinipi merayu supaya kerajaan mempercepatkan pembayaran pampasan kerosakan seperti bangunan dan tanaman yang terkena dalam usaha naik taraf jalan raya di Mukim Lanas Sook.

Ketua Kampung Pinpi Lanas, Remen bin Ayoh, berkata beliau dan bagi pihak seluruh penduduk kampung itu merayu agar kerajaan mempercepat proses pembayaran untuk kerosakan bangunan dan tanaman mereka.

Katanya, “kami sedia maklum bahawa semua tuntutan sudah dibuat dan pemeriksaan juga sudah turut dilaksanakan , oleh itu kami mohon agar perkara ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya.

”Kebanyakan penduduk yang terlibat tidak ada pekerjaan yang tetap untuk menampung perbelanjaan sekeluarga, kami hanya bergantung pada hasil tanaman kami yang telah rosak akibat pembinaan jalan raya dari pekan Sook ke Kg. Sinua,” katanya.

Usaha untuk menaiktarafkan jalan raya di kampung berkenaan juga merupakan jalan utama untuk ke bandar Keningau, menimbulkan sedikit kerisauan kepada penduduk disitu kerana takut pembayaran pampasan ganti rugi yang mereka alami lunas begitu sahaja.

Menurut Remen, “mereka tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, kami cuma mahu merayu kepada kerajaan untuk bayaran pampasan atas kerosakan bangunan, tanaman seperti getah, sawit, rambutan dan sebagainya kepada kami penduduk disini dan juga kepada sesiapa turut terlibat”.

Jesteru itu, penduduk di kawasan Sook khasnya penduduk dari pekan Sook ke Kg. Sinua merayu supaya masalah berkenaan dapat diatasi segera selaras dengan prinsip kerajaan “ 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments