Talian SESB rosak selepas ditembak individu tidak bertanggungjawab

Unknown | 18:07 | 0 comments

KOTA KINABALU: Tindakan tidak bertanggungjawab oleh individu yang merosakkan pepasangan elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd di Kampung Pangas Ulu awal pagi Sabtu lalu telah mengakibatkan gangguan elektrik kepada 20 pengguna di kampung berkenaan.

Ini berikutan daripada penemuan kesan tembakan pada talian atas jenis Aeriel Bundle Cable (ABC) di kawasan berkenaan pada Isnin.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Ahmad Fuad Md Kasim, bekalan elektrik ke kawasan berkenaan pulih sepenuhnya pada Isnin.

Tambahnya lagi, pihak SESB mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan dan seterusnya memulihkan kembali keseluruhan bekalan elektrik atas faktor cuaca dan jalan masuk utama yang tidak selamat untuk kenderaan berat.

Para pengguna adalah digalakkan untuk menghubungi talian Hotline 15454 ataupun 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik.

Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga disediakan di mana pengguna hanya perlu menaip SESBR taip aduan dan hantar kepada 33154. Semua aduan yang disalurkan akan diambil tindakan segera.

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments