Aksi parodi 'Raja Bomoh' jadi bahan jenaka di internet

Unknown | 11:09 | 0 comments


Susulan tindakan Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin melakukan ritual pembomohannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) baru-baru ini, maka banyaklah adengan parodi aksi beliau telah tersebar di laman sembang sosial facebook. Aksi teropong buluh, bubu, kelapa dan naik tikar zam zam alakazam kini jadi bahan jenaka. Malah, banyak adengan parodi yang dibuat oleh pihak-pihak berkenaan yang memandang sinis terhadap tindakan bomoh terbabit.


Tidak cukup dengan aksi gambar, kini aksi video pula ditontonkan. Apa yang lebih menarik, adengan video yang dipetik dari filem P.Ramlee "Laksamana Do Re Mi". Jelas sekali memaparkan tikar terbang yang hampir sama dengan adengan Raja Bomoh terbabit. 





Nampaknya kini filem tersebut kembali segar dalam ingatan selepas adengan bersidang bawah pokok ketika krisis di Perak dulu. Saksikan gambar dan adengan video dibawah.

http://pahangdaily.blogspot.com/2014/03/aksi-parodi-raja-bomoh-jadi-bahan.html

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments