Penemuan Objek Baru | Tiada objek diambil kapal disahkan serpihan MH370 - AMSA

Unknown | 11:56 | 0 comments


PERTH: Kapal Haixun 01 dan HMAS Success melaporkan dapat mengambil beberapa objek dari lautan tetapi tiada satu pun disahkan berkaitan MH370, menurut Pihak Berkuasa Maritim Australia (AMSA).

AMSA menyatakan pesawat di kawasan pencarian seluas 252,000 kilometer persegi di Lautan Hindi hari ini terus melaporkan penemuan beberapa objek seperti yang dilaporkan semalam.
Haixun 01
"Pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China, Ilyushin IL-76 melaporkan mengesan tiga objek di kawasan pencarian.
"Pesawat P3 Orion RAAF juga melaporkan mengesan beberapa objek di bahagian lain kawasan pencarian.

"Objek yang dilihat oleh pesawat tidak boleh disahkan atau ditolak sebagai dari pesawat MH370 sehingga ia ditemui dan diambil kapal," menurut kenyataan AMSA selepas operasi mencari hari ini berakhir lewat petang tadi.

Menurut AMSA, pencarian hari ini membabitkan lapan pesawat termasuk tiga pesawat P3 Orion RAAF, pesawat Pengawal Pantai Jepun, pesawat P3 Orion Jepun, pesawat P3 Orion RNZAF, pesawat Ilyushin IL-76 China, dan pesawat awam sebagai penyampai komunikasi.

Kapal HMAS Success, Haixun 01, Nan Hai Jiu, Jinggang Shan pula tiba di kawasan pencarian hari ini dan lima lagi kapal akan tiba esok. "Kapal HMAS Toowoomba berlepas dari Perth awal malam ini dan akan tiba di kawasan pencarian dalam tiga hari," menurut kenyataan itu.

Dipetik : Berita Harian

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments