Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) Komited untuk Mencapai #MISIKITA

Unknown | 05:55 | 0 comments

Oleh : DJ Kupang


Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA) hari ini mengadakan sesi ujian untuk beberapa orang pemain import sebagai usaha untuk memantapkan pasukan. Pemain yang datang dari Brazil, Croatia dan Republik Czech itu telah hadir pada petang tadi di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Ketua jurulatih Sabah bagaimanapun berkata percubaan ini masih di peringkat awal kerana ada beberapa pemain lagi yang akan datang mencuba nasib termasuk pemain dari Korea Selatan, Ivory Coast serta beberapa buah negara lain lagi. 

Sabah yang sudah bermain sebanyak 9 kali kini menghuni tangga ke-4 Liga Perdana mengumpul 12 mata ketinggalan 7 mata dengan pendahulu PDRM yang mempunyai kelebihan dua perlawanan iaitu selepas bermain 7 kali mengumpul 19 mata. 

Tiga perlawanan terakhir pasukan Sabah berkesudahan dengan keputusan seri iaitu ketika menentang Perlis di tempat lawan keputusan 1-1 selepas itu bertemu dengan DRB Hicom 1-1 dan pada perlawanan kelmarin juga hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Putrajaya FC yang disaksikan oleh penyokong setia Sabahawks bermain di laman sendiri.

Sebagai penyokong setia pasukan, kita harus terima keputusan ini dengan hati terbuka kerana mereka yang bermain di atas padang sudah bekerja keras cuma nasib tidak menyebelahi mereka walaupun mendapat beberapa peluang. Tindakan segelinitr peminat mengeluarkan kenyataan dan komen negatif di laman sosial adalah tidak wajar kerana laman sosial terbuka kepada semua termasuk mereka yang masih bersekolah dan itu tidak menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

Pintu pemindahan pemain terbuka bermula hari ini (23/03/2014) sehingga 19 April depan. Sabah pastinya akan cuba untuk memantapkan pasukan khususnya di bahagian serangan sebagai usaha untuk mencapai #MISIKITA. 

Gambar  : Persatuan Bolasepak Sabah

Category: , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments