Bayi disangka tidur meninggal

Unknown | 12:23 | 0 comments

Port Dickson: Luluh hati seorang ibu apabila menyedari bayinya berusia 28 hari yang disangkakan tidur rupa-rupanya sudah meninggal dunia, dipercayai akibat sesak nafas, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, M Trameela, 29, hanya menyedari bayi perempuannya yang belum diberi nama itu, tidak bernafas selepas menyiapkan sarapan untuk empat lagi anaknya di rumah sewa mereka di Jalan Lama, berhampiran pusat bandar ini.
Tidak sedap hati


“Saya sangka dia tidur nyenyak di dalam bilik tidur, namun berasa tidak sedap hati apabila melihat dia langsung tidak bergerak.

“Kemudian saya memeriksa keadaannya dan terkejut apabila mendapati dia tidak bernafas dan ada kesan darah pada mulutnya.

Saya segera membawanya ke klinik sebelum doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Port Dickson di sini.

Trameela yang bercerai sebelum anak bongsunya itu dilahirnya, berkata dia sempat menyusukan bayinya pada jam 4 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan punca kematian.

“Buat masa ini kita percaya tiada unsur jenayah dalam kes ini. Walaupun pemeriksaan awal mendapati ada kesan lebam pada tubuh bayi, ia mungkin berpunca daripada posisi ketika tidur,” katanya.

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments