CEMAS : MH 192 Sepatutnya Ke Bangalore Berpatah Balik Ke KLIA

Unknown | 17:35 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Pesawat MH192 yang dalam penerbangan ke Bangalore, India malam tadi terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas, menurut kenyataan Malaysian Airlines (MAS).

MAS sahkan pesawat MH192 ke Bangalore mengalami masalah pada gear mendarat kanannya dan pesawat terbabit dijadual mendarat cemas di KLIA jam 2 pagi ini.

Dalam kenyataannya, MAS berkata pesawat B737-800 berlepas dari KLIA jan 10.09 malam sebelum terpaksa berpatah balik.

Pesawat dengan 159 penumpang dan 7 anak kapal itu yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam tadi, selamat mendarat pada jam 1.56 pagi tadi.

"Kapten segera dimaklumkan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur bahawa serpihan tayar ditemui di landasan dan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Malaysia Airlines pada jam 10:25 malam.

"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines, pesawat berkenaan dikehendaki berpatah balik ke KLIA," menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH192 dijadual semula pada 3.30 petang ini dan akan tiba di Bangalore pada jam 5.00 petang nanti.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TayarpesawatMH192meletupketikaberlepas-MAS/Article/?mutakhir=1

Category: , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments