Gadis dirujuk ke HUS, dakwa dirogol pakcik
KUCHING: Mendakwa dirogol oleh bapa saudara sendiri, seorang gadis dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan lewat malam kelmarin.
Mangsa yang berusia 15 tahun dan berasal dari Kampung Tambirat, Asajaya itu telah mengadu kepada saudara lelakinya bahawa dia telah dirogol oleh suspek ketika baharu pulang dari sekolah.
Ekoran itu, saudara mangsa yang juga anak kepada suspek kemudian terus membawa mangsa ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai insiden tersebut.
Mangsa dilihat hadir di HUS untuk pemeriksaan kesihatan sekitar jam 12 tengah malam kelmarin.
Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis semalam, usaha untuk mendapatkan pengesahkan daripada pihak polis berhubung perkara tersebut tidak berjaya.
SUMBER : http://www.theborneopost.com/2014/04/23/gadis-dirujuk-ke-hus-dakwa-dirogol-pakcik/#ixzz2zhphiI6j
Category: berita nasional, berita sarawak, berita semasa, dakwa pacik rogol
0 comments