Kalau Jodoh Tak Ke mana : Fizz Fairus Sah suami Almy nadia
Fizzz Fairuz sah bergelar suami kepada Almy Nadia dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.
Almy Nadia menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 manakala hantaran sejumlah RM20,000.
Difahamkan, sebelum majlis pernikahan, Almy Nadia dan Fizz Fairuz terlebih dahulu melangsungkan majlis pertunangan
Sementara itu, pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin. Manakala pihak perempuan membalas dengan sebelas dulang hantaran antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.
Category: Almy Nadia, artis malaysia, perkahwinanfizz Fairus
0 comments