OPS CANTAS KHAS : 51 PTI ditahan

Unknown | 00:12 | 0 comments

LAHAD DATU: Polis menahan seramai 51 pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina dan Indonesia menerusi Ops Cantas Khas di dua lokasi berasingan iaitu Kg Lubang Biawak dan kawasan lapangan di hadapan Pasar Rakyat serta Pasar ikan, di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Shamsudin Mat berkata, operasi yang bermula jam 2 hingga 8 pagi itu dilakukan oleh sepasukan 86 pegawai dan anggota PDRM termasuk Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA)/Ketua Trafik Daerah (KTD) Insp Ali Hussin Sahina selaku Ketua Medan.

“Dalam serbuan itu, seramai 165 orang diperiksa di lokasi lapangan dan dari jumlah itu 88 orang dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk dianalisis selanjutnya.

“Hasilnya, seramai 51 orang terdiri daripada golongan dewasa lelaki dan wanita serta kanak-kanak dalam lingkungan 5 hingga 60 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diminta untuk berbuat demikian,” katanya.

Shamsudin berkata, tujuan operasi itu adalah bagi membasmi kehadiran PTI di daerah ini sekali gus mencegah kegiatan jenayah membabitkan PTI.

Kesemua tangkapan kini disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen dan semua yang ditahan kemudiannya dihantar ke Pusat Tahanan Sementara di daerah Tawau sebelum dihantar balik ke negara masing-masing.

“Ops ini akan diteruskan dari masa ke semasa berdasarkan maklumat dan risikan bahagian cawangan khas yang diketuai oleh Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) ASP Noraidin Ag Maidin dan akan turut melibatkan lain-lain agensi seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, SESB, Jabatan Air cawangan Lahad Datu dan sebagainya dalam sama-sama menangangi kemasukan PTI khususnya di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, Shamsudin berpesan kepada mana-mana majikan supaya tidak menggaji PTI kerana mereka juga tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Masyarakat yang berada di kawasan perkampungan juga diminta supaya sentiasa memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat kemasukan warga asing di kawasan masing-masing agar tindakan selanjutnya boleh diambil.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/04/29/51-pti-ditahan-dalam-ops-cantas-khas/#ixzz30FybBxk3

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments