Padah intai wanita dalam tandas awam

Unknown | 19:16 | 0 comments

Sekadar Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Akibat mengintai seorang wanita di tandas sebuah kompleks beli-belah, seorang pekerja kilang dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. 

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Gunawan, 23, seorang warga Indonesia, selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. 

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh tangkapan pada 4 April lalu. 

Intai di ruangan atas dinding 

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia dituduh mengintai mangsa melalui ruangan atas dinding di tandas wanita tingkat tiga, bangunan Intermark Mall Management Office, Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, jam 8 pagi, pada 4 April lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 
Mengikut fakta kes, ketika mangsa berada di dalam tandas, wanita itu melihat secara jelas muka seorang lelaki sedang mengintai dari tandas sebelah dan memanggil tertuduh keluar. 

Apabila mangsa bertanya kepada tertuduh, dia memberi alasan tandas lelaki di bangunan itu penuh menyebabkan mangsa menghubungi pihak pengurusan dan ditahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

http://www.bharian.com.my/

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments