Pengikut 'Sultan Sulu' diberkas

Unknown | 03:49 | 0 comments


Lahad Datu: Seorang lelaki yang mengaku dirinya diberi kuasa oleh 'Sultan Sulu' untuk mengurus kaum Suluk di daerah ini diberkas dalam satu operasi khas diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di kampung Long Danau, Jalan Silabukan, awal pagi tadi.

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata, berdasarkan maklumat Bahagian Pertahanan ESSCOM, lelaki yang hanya memiliki salinan kad pengenalan berusia 57 tahun itu ditahan kerana memasang bendera 'Kesultanan Sulu' yang dikhuatiri boleh mempengaruhi kaum Suluk di negeri ini. 

Mohammad berkata, pihak ESSCOM mengesan bendera yang dipasang di rumah lelaki berkenaan ketika angota keselamatan ESSCOM diketuai pegawai memerintah 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) melakukan rondaan pada Ahad lalu. 

"Anggota kita yang membuat rondaan melihat ada bendera Kesultanan Sulu dipasang di salah satu rumah di kampung terbabit yang menimbulkan curiga.


"Berikutan itu, anggota keselamatan melaporkan kepada Bahagian Pertahanan ESSCOM," katanya.

Katanya, satu platun turut dianggotai komando VAT69 mengepung sebelum menggeledah rumah berkenaan, kira-kira jam 5.30 pagi tadi. 

Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut. 

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengikut_SultanSulu_diberkas/Article/index_html

Category: , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments