Pereka dalaman diugut bayar RM20,000 kerana ganggu masa tidur pelanggan
KUCHING: Niat seorang pereka dalaman berjumpa pelanggannya untuk menagih hutang bertukar sebaliknya apabila dia diugut untuk membayar RM20,000 kerana dikatakan mengganggu masa tidur pelanggannya itu.
Insiden tersebut berlaku di Matang, di sini apabila pereka dalaman terbabit yang berusia sekitar 60-an pergi ke rumah pelanggannya itu untuk mendapatkan bayaran RM8,000 bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukannya.
Bagaimanapun, menurut pereka dalaman berkenaan, pelanggannya itu enggan membayar dan meminta dia mambayar RM20,000 kerana mengganggunya tidur.
“Projek sudah lama siap, tetapi dia (suspek) selalu mengelak untuk membayar, malah dia juga enggan menjawab setiap panggilan telefon saya dan disebabkan itu saya terpaksa pergi ke rumahnya.
“Tetapi setibanya di rumahnya, saya pula yang disuruh membayarnya RM20,000 kerana mengganggunya tidur dan diugut pula selepas itu,”katanya semasa ditemui pemberita di Balai Polis semalam.
Menurutnya, berlaku sedikit pertengkaran antara mereka di tempat kejadian sehingga menyebabkan dia tertampar muka pelanggannya itu.
“Dia terus membangkitkan kemarahan saya, sedangkan saya cuba untuk menyelesaikan masalah itu secara profesional kerana tidak mahu sebarang masalah,” katanya lagi.
Kedua-dua pihak dilaporkan membuat laporan polis selepas itu, masing-masing untuk mempertahankan diri.
Read more: http://www.theborneopost.com/2014/04/28/pereka-dalaman-diugut-bayar-rm20000-kerana-ganggu-masa-tidur-pelanggan/#ixzz308mSsyiE
Category: berita sarawak, masa tidur, semasa
0 comments