Sabah VS PBAPP Pulau Pinang [3-1] 04/04/2014

Unknown | 13:50 | 0 comments

Antara kata-kata semangat daripada penyokong

Pemain pasukan Sabah membuktikan kepada penyokong setia mereka, peluang untuk mencapai #MISIKITA masih relevan dan sudah pasti akan dapat dicapai. Ini berikutan kemenangan besar mereka musim ini ke atas Pulau Pinang PBAPP 3-1 dalam saingan Liga Perdana sekaligus 'menutup mulut' sebilangan peminatnya yang banyak mengkritik ketika mereka ketinggalan 0-1.

Penghujung babak separuh masa pertama, Sabah dikejutkan oleh jaringan pembukaan pelawat  oleh Khalis Ibrahim yang menanduk masuk sepakan percuma daripada sebelah kiri pintu gol Sabah. Tersentak dengan jaringan itu, bermula permainan separuh masa kedua Sabah terus garang mengasak kubu PBAPP dan pada minit ke-66 Md. Redzuan Nawi menggembirakan penyokong dengan melakukan satu voli cantik di sebelah kiri pintu gol yang tidak dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol memberikan gol penyamaan kepada tuan rumah.

Keyakinan pemain meningkat dengan gol penyamaan dan hasilnya selepas bertungkus lumus menyerang, pemain gantian Maxsius Musa akhirnya meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-82 apabila menanduk masuk bola yang berpunca dari sepakan percuma Esposito dapat kepada Pocuca kemudian Maxsius yang datang dari belakang tidak mensia-siakan peluang tersebut.

Pasukan Sabah tidak berhenti sampai di situ malah semakin rakus menyerang menyebabkan pertahanan pihak lawan kucar kacir dan akhirnya  salah seorang pemain PBAPP dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Marwan Saydeh. Minit-minit terakhir masa tambahan Sabah menambah luka pelawat apabila Marwan tidak mensia-siakan peluang bola yang melantun menolak menggunakan dadanya untuk gol ketiga Sabah.

Bagaimanapun tindakan sesetengah penyokong yang tidak memberi semangat kepada penyerang Sabah iaitu Farid Ideris adalah tidak profesional. Apabila Farid mendapat bola ada kedengaran suara sumbang 'boo' oleh penonton. Tindakan sesetengah penonton yang "terlalu bijak" menilai Farid di atas padang dilihat sebagai tidak menghormati keputusan ketua jurulatih Sabah Milomir Seslija yang memilih Farid bermain dalam kesebelasan utama.




Category: , , , , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments