Sepanyol Pasukan Paling Mahal di Piala Dunia, Messi Pemain Termahal Dunia

Unknown | 23:33 | 0 comments

Laporan Pluri Consultoria meletakkan bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi sebagai pemain termahal dengan harga RM552.4 juta (138.1 juta euro) walaupun jumlah itu susut 1.4 peratus berbanding penilaian tahun lalu. 

Sementara itu Sepanyol, Argentina dan Brazil memiliki skuad paling mahal di antara semua 32 pasukan yang bertanding pada Piala Dunia Jun ini, lapor akhbar kewangan harian Brazil. 

Skuad juara bertahan Sepanyol, dianggarkan berharga RM1.94 bilion (486.9 juta euro) di depan Argentina yang berharga RM1.89 bilion (474.1 juta euro) dan skuad tuan rumah yang mencecah harga RM1.88 bilion (470.2 juta euro). 

Category: , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments