Susulan Kes Penculikan di Semporna : 22 individu ditahan untuk bantu siasatan

Unknown | 16:38 | 0 comments


Kota Kinabalu: Polis percaya lapan daripada 22 individu yang ditahan susulan kes culik di Singamata Reef Resort, Semporna, minggu lalu, ‘berkepentingan’ dalam membantu merungkai kes berkenaan.

Difahamkan, lapan individu terbabit yang sebahagian besarnya wanita, dipercayai mempunyai maklumat tertentu yang amat diperlukan polis bagi melengkapkan siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata semua 22 individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk tujuh wanita, ditahan dalam operasi berasingan sekitar Semporna oleh pasukan keselamatan sejak seminggu lalu.

Lapan individu yang berkepentingan kepada polis itu direman sehingga 17 April ini, manakala selebihnya akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen. Hanya tiga daripada 22 individu itu memiliki dokumen sah dengan 15 ditahan di resort berkenaan dan selebihnya sekitar Semporna serta pulau berhampiran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 malam Rabu lalu, empat lelaki bertopeng dan bersenjata api menyerbu resort itu sebelum masuk ke bilik pekerja dan melarikan Marcy Dayawan, 40, wanita Filipina yang bekerja sebagai pelayan tetamu, manakala tiga lagi menunggu dalam bot.

Ketika menuju ke bot, penculik turut membawa bersama pelancong China, Gao Huayun, 29, yang kebetulan berada di luar bilik penginapannya berhampiran bot kumpulan terbabit.

Sumber : http://www.bharian.com.my

Category: , , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments