Takziah kepada seluruh ahli keluarga Mendiang Maijon Mapaas
KOTA MARUDU: Dua beranak ditemui rentung selepas dipercayai terperangkap dalam rumah mereka di Kampung Kirangawan, dekat sini, jam 1.10 pagi tadi.
Maijun Napas, 42, dan anak lelakinya, Alexwin Maijun, 4, ditemui rentung di ruang tamu rumah berkenaan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Md Saidi Tabin, berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sementara di Tuaran, seorang wanita warga tua ditemui rentung dalam biliknya di Kampung Bundung, dekat sini, jam 12.30 malam tadi.
Tiduh Pijak, 80an, ditemui anggota bomba dan penyelamat daerah itu sebaik api berjaya dipadamkan.
Sumber berita harian..
Sementara itu Adun N.4 Matunggong YB Datuk Jelani Hamdan dalam akaun facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan akan melawat keluarga mangsa pada hari Ahad ini 20.4.2014 sekitar jam 2pm. Kepada semua yang berhajat untuk menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Encik Felix Manap Akiam untuk pertanyaan atau info selanjutnya.
Category: berita sabah, info semasa, YB jelani Hamdan
0 comments