AKAN DATANG | D'Million Star & Battle of The Band 1Sabah

Unknown | 16:06 | 0 comments


D'Million Event Management melalui iRTV (Internet Realiti TV) akan mengadakan pencarian bintang dan selebriti untuk D'Million Production iaitu anak syarikat kumpulan D'Million Group dalam satu acara pertandingan iaitu D'Million Star & Battle of The Band 1Sabah yang menawarkan RM15,000 hadiah keseluruhan. Pemenang dalam pertandingan ini akan menjadi selebriti iRTV dan akan diberikan peluang untuk bersama-sama menjayakan telefilem fenomena Sabah iaitu 'Cinta Koprat' selain daripada menerima hadiah wang tunai yang sangat lumayan. Para peserta akan dipromosikan secara eksklusif di web iRTV yang kini telah mencapai lebih 2 juta hit. Peringkat akir acara ini akan di buat semasa D'Million Autoshow 1Malaysia yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Likas pada 29 September 2012 yang dijangka akan menghimpunkan lebih 2,000 kereta bagi mencipta rekod Malaysis Book of Record Perhimpunan Kereta Terbesar di Malaysia. Selain itu rekod 'Triple Tower' botol minyak pelincir tertinggi Malaysia juga akan dicipta. Program ini dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd. Najib Bin Abdul Razak.

Populariti para pemenang akan dipanjangkan melalui media sedia ada syarikat penganjur seperti iRTV, Portal 1Sabah, siaran di akhbar edisi Malaysia dan pelbagai lagi bentuk pemaparan untuk memastikan bahawa bintang dan kumpulan band ini akan dikenali bukan sahaja di Sabah tapi di Malaysia.

Category: , , , , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments