Wanita perlu agresif kuasai ICT

Unknown | 16:40 | 0 comments

KOTA KINABALU: Wanita perlu lebih agresif meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mengembangkan perniagaan dan menjadikannya medium promosi dan pemasaran perniagaan.

Menteri Pembangunan Masyara- kat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun berkata, ini penting memandangkan persaingan semakin sengit dalam bidang ICT.

“Bagaimanapun soal keselamatan dan hak kepenggunaan dalam bidang ICT tidak boleh diabaikan. Kita harus bersama-sama membendung kegiatan jenayah seperti ‘cyber bully’, peni- puan perbankan, porografi dan peneybaran fitnah.

“Oleh itu, usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengadakan seminar ini tepat pada masanya untuk memberikan kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat, khasnya golongan wanita tentang keselamatan dalam ICT dan juga hak sebagai pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Wanita dan ICT anjuran SKMM Pejabat Wilayah Sabah sempena Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia Negeri Sabah di Pasific Sutera, di sini, kelmarin.

Azizah berkata, berikutan kega- watan ekonomi dan bertambahnya jumlah penganggur dalam negara, kerajaan menggalakkan rakyat negara ini terutamanya golongan wanita supaya terlibat dalam bidang keusahawanan dan membantu menjana ekonomi keluarga.

“Pemilihan tema “Wanita dan ICT” sangat sesuai dan bertepatan dengan usaha kerajaan yang sentiasa menyokong penuh pembangunan golongan wanita dalam masyarakat kita,” katanya.

Tema sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia iaitu “Wanita dan ICT” bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ruang dan peluang yang boleh diperolehi melalui penggunaan internet dan ICT bagi meningkatkan pencapaian golongan wanita dalam pelbagai sektor.

Azizah berkata, atas usaha kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masya- rakat telah memperkenalkan program SOHO atau Smart Office-Home Office untuk menggalakkan rakyat negara ini terlibat dalam perniagaan berasaskan ICT dan dijalankan di rumah tanpa perlu hadir ke pejabat.

Progam ini diperkenalkan kepada semua golongan terutamanya wanita yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah. Ia juga menggalakkan penggunaan ICT di kalangan wanita untuk membantu menambah pendapatan keluarga, katanya.

 
Beliau berkata, selain melatih dan membangunkan tele-pekerja dalam pelbagai bidang dan perusahaan, ia juga bertujuan meningkatkan keupayaan golongan wanita yang merupakan faktor penyumbang kepada ekonomi keluarga dan negara.

“Kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan khususnya untuk wanita luar bandar yang kurang mendapat pendedahan dalam bidang ICT.

“Antara kemudahan itu ialah Pusat Internet Desa, Medan Info Desa dan Perpustakaan Desa yang berperanan penting memberi pengetahuan berkaitan penggunaan ICT kepada golongan itu agar lebih berkemahiran,” kata- nya.

Turut hadir Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Labuan Bukhari Yahya.

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments