Wiwie Kini Bahagia Setelah Suami Rujuk Semula

Unknown | 23:47 | 0 comments


"Syukur alhamdulillah, rumahtangga kami kembali bahagia apabila bekas suami rujuk semula," kata Wiwie Daunah apabila dihubungi baru-baru ini. Wiwie bersyukur ke hadrat ilahi kerana dia masih dipertemukan jodoh walaupun sebelum ini rumahtangga mereka berantakan gara-gara timbulnya orang ketiga. Wiwie tidak mahu mengulangi kisah itu, malahan biarlah ia berlalu kerana baginya apa yang telah terjadi diterima dengan redah dan merupakan satu pengalaman pada beliau untuk menempuhi hidup ini dengan lebih tabah lagi.

"Saya menerimanya semula kerana hati dan perasaan saya masih sayangkannya apatah lagi kerana kasih dan cinta kami pada anak-anak. Suami berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan begitu juga saya.

"Anggap saja ia mimpi yang buruk dalam hidup ini. Syukur alhamdulillah, saya dan suami sangat bahagia dengan anak-anak selama kami rujuk semula dan bernikah pada tanggal 22 Januari 2011.

"Doa Wiwie, agar pertemuan kali ini terus berkekalan dan tidak akan ada orang ketiga dalam rumahtangga kami," jelasnya panjang lebar.

Wiwie yang merupakan penyanyi berbakat besar serta tidak asing lagi khususnya di bandaraya Kota Kinabalu akan muncul dengan single yang ketiga berupa mini album.

Dalam single ini, Wiwie akan berduet bersama artis tempatan dari negeri ini tetapi pada Wiwie biarlah rahsia dulu.

"Kali ini, Wiwie akan memilih komposer tempatan kerana pada saya, komposer dari negeri ini juga tidak kurang hebatnya seperti yang ada di Semenanjung Malaysia. Siapa lagi sokong industri muzik tempatan kalau bukan kita, betul tak? tanya beliau.

Sementara itu, Wiwie memberitahu bahawa ramai saudara mara terdekat termasuk rakan-rakan sama ada jauh mahupun dekat bertanyakan tentang perubahan yang Wiwie tampilkan sekarang ini.

Ini katanya, penampilan beliau sebelum ini agak seksi sehinggalah bertukar kepada menutup aurat.

"Syukur alhamdulillah kerana Allah S.W.T kabulkan niat dan menyedarkan Wiwie selama ini untuk berhijab. Niat yang disimpan begitu lama sehinggakan saya rasa diri ini macam rasa bersalah tidak menembusi niat suci ini.

"Saya cuma ingin berubah sedikit demi sedikit untuk ke jalan kebaikan. Saya tidak berniat untuk menyalahkan semua perempuan seksi sebagai tidak bagus tapi rasanya adalah lebih manis jika wanita yang sudah berumahtangga berpakaian sopan atau berhijab.

"Perubahan Wiwie bukan saja sekadar menutup aurat dan cara berpakaian bahkan perangai pun saya ubah. Saya ingin menjadi seorang yang lebih matang dan belajar ilmu agama yang cukup demi anak-anak juga," katanya. - Sumber: New Sabah Times

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments