Ann Gurlz mahu melangkah lebih jauh

Unknown | 23:43 | 0 comments


Ann Gurlz atau nama sebenarnya Ennd Malajin yang berasal dari Kota Kinabalu mencuba untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan. Ann yang baru berusia 21 tahun bercita-cita untuk berjaya dengan usaha sendiri dan mengamalkan motto 'dimana kita ada jalan di situlah kita berdiri'. Gadis cantik molek ini mula berlakon dalam telemovie pertama lakonannya iaitu Lobou Yoku Tanak Kampung dengan memegang watak utama.

Telemovie kedua lakonan Ann ialah Dalang arahan Tony Francis Gitom dan Simon Bukag. Ann juga memegang watak utama dalam telemovie yang berkisar mengenai percintaan, kekeluargaan dan hasad dengki ini. Terdapat unsur-unsur komedi dan sedih dalam cerita ini. Nantikan lakonan Ann dalam Dalang yang dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Ann berpengalaman menjadi crew dalam filem Mongolu. Ann sangat meminati lakonan Yana Samsudin dan Fizo Omar. Ann menjadikan mereka sebagai idolanya.

Category: , ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments