Enam Website Scanning Untuk Memastikan Link Selamat Sebelum anda Menggunakannya

Unknown | 13:05 | 0 comments

Dalam melakukan kegiatan berinternet, pelbagai perkara boleh berlaku sekalipun sesuatu yang membahayakan. Internet banyak memberi manfaat, tetapi disamping itu banyak pula pelbagai perangkap yang mengelilingi dunia internet. Dengan melakukan klik satu link sahaja, segala hal boleh terjadi. 

Namun nyatanya, anda tidak dapat mengawal dalam melakukan klik pada link, kerana ini adalah cara kerja dari internet. Dalam problem seperti ini, apa yang boleh anda kawalan adalah memastikan bahawa link ataupun laman web yang anda klik tersebut selemat dari segala ancaman dan perangkap, dan bukannya malware yang nanti anda dapatkan. 

Lalu bagaimana kita akan memastikannya? Berikut ini website scanning yang akan memastikan bahawa link atau laman page yang anda lawati selamat.

1. URLVoid 


URLVoid adalah website scanning yang mempunyai reputasi dalam menganalisa alamat website dengan menggunakan lebih dari 30 program dan domain blacklist seperti contohnya Norton SafeWeb dan MyWOT untuk mengesan website yang berpotensi mempunyai ancaman.

Anda boleh secara manual memasukkan link dan scanning domain. Senarai URLVoid akan memaparkan status pengesanan positif atau negatif terhadap penggunaan program. Anda boleh menyemak jenis ancaman untuk lebih detail dengan melihat program-program yang ada. - http://www.urlvoid.com/

2. Unmask Parasites 


Unmask Parasites, seperti namanya, merupakan website scanning dengan program sederhana yang akan melakukan scanning pada laman dan memberi anda amaran jika di dalamnya terdapat ancaman malware. Unmask Parasites akan memuat turun link atau laman web yang anda berikan, kemudian menganalisa kod HTML terutama link luaran dan JavaScript. - http://www.unmaskparasites.com/

Unmask Parasites dapat memberikan keselamatan bagi anda dalam berselancar di dunia maya dengan hanya melakukan satu kali klik. 

3. PhishTank 

Dalam pengalaman berjelajah di dunia maya, phising relatif mudah dikesan dengan melihat sekilas pada URL. Laman Bank serta laman sensitif yang lain juga selalu menggunakan anti-phising. Ini adalah sebagai bentuk dari berhati-hati. - http://www.phishtank.com/

Satu cara yang boleh dimanfaatkan dalam menggunakan indeks blacklist dalam hal phising adalah PhisTank. Anda juga boleh memasukkan senarai anda sendiri. 

Perlu diingat jika PhisTank tidak seperti website scanning kebanyakan, tetapi lebih pada maklumat yang membantu. Dicipta oleh OpenDNS, PhisTank memberikan perkhidmatan percuma. 

4. Dr.Web Anti-Virus Link Checker 

Dr. Web Anti-Virus Checker adalah add-on untuk pelayar Chrome dan Firefox, juga Opera dan IE. Untuk memastikan link selamat  add-on ini akan menggunakan program Dr.Web online anti-virus dalam melakukan scanning pada link yang boleh memuatkan kandungan berbahaya. Selain itu, juga boleh secara automatik melakukan scan pada pelbagai media sosial. Hal ini akan bekerja dengan klik kanan untuk context menu pada browser dibanyak link. - http://vms.drweb.com/online/?lng=en

Scan akan memberikan anda maklumat jika link telah bersih dan boleh dikunjungi. Untuk penggunaan yan lebih maksimum, pengguna lain secara berkala melakukan update. 

5. UnShorten.it 

URL pendek adalah perkara yang biasa dilakukan dalam berinternet. Namun ada satu problem, iaitu anda tidak benar-benar tahu apa yang tersembunyi di sebalik kebanyakan URL tersebut. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan UnShorten.it. 

UnShorten.it adalah website scanning yang menggabungkan fungsi memperluaskan URL pendek serta menghantarnya untuk dilakukan scanning pada WOT (Web of Trust) untuk memberikan keselamatan bagi anda dalam melayari internet. 

Paste URL yang akan anda gunakan, dan perkhidmatan akan mengikuti URL langsung pada website tujuan serta memberikan keterangan dan rating WOT denagan paparan imej dari website yang dituju URL. Website scanning ini juga mempunyai pelayar extension untuk Chrome dan juga Firefox. - http://unshorten.it/

6. VirusTotal 

VirusTotal akan memberikan anda dua ciri, iaitu meng-upload program di mana anda boleh melakukan scanning pada jumlah yang boleh memberikan ancaman dan link scanner untuk memastikan laman web keselamatan sebelum anda mengunjunginya. - https://www.virustotal.com/en/#url

VirusTotal juga menggunakan pelbagai anti-virus engine, website scanner, dan program untuk analisa URL dimana akan menganalisa link dan memberikan anda laporan secara detail. Lebih lanjut, program akan memaparkan maklumat dengan jelas mengenai program yang anda berikan. 

Website scanning ini akan melakukan update setiap 15 minit, jadi data-data tentang segala hal yang boleh memberikan ancaman akan semakin lengkap setiap waktunya. 

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments