Guru dipenjara tiga tahun, lima sebatan kerana rogol gadis bawah umur

Unknown | 15:41 | 0 comments

KOTA KINABALU: Seorang guru sekolah yang sebelum ini dibebaskan kerana merogol seorang gadis bawah umur dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi.

Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum juga mengarahkan Robin Mahadul @ Magasad di bawah pengawasan polis untuk tempoh dua tahun selepas menjalani hukuman di bawah Seskyen 295 (1A) Kanun Kesiksaan.

Mahkamah mengenapikan pembebasan Robin sebaliknya mendapatinya bersalah kerana dakwaan itu. Sebelum ini mahkamah rendah melepaskan dan membebaskan Robin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes terhadap tertuduh.

Pihak pendakwaan kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu dan rayuan mereka dibenarkan.

Menurut fakta kes tertuduh melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada akhir Julai 2006 kira-kira jam 11 pagi di sebuah bilik darjah sebuah sekolah di Kudat.

Kesalahan ini di bawah Seksyen 377E Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun dan rotan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Uma Devi Balasubramaniam bertindak sebagai pendakwa. - NST

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments