Padah melarikan diri daripada pemeriksaan polis

Unknown | 07:57 | 0 comments

Kenderaan Wira dan motosikal mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan selepas kemalangan itu.
LAHAD DATU: Dua beradik yang sedang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 cedera selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis yang sedang menjalankan Ops Motosikal di laluan Jalan Pantai, Lahad Datu-Silam, di sini, pada malam Rabu lalu.

Dalam kejadian jam kira-kira 10 malam itu, salah seorang mangsa yang merupakan pembonceng motosikal mengalami cedera parah, manakala penunggang (abang) hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superitendan Shamsudin Mat berkata kemalangan itu berlaku semasa kedua beradik yang berusia dalam lingkungan 20an itu cuba melarikan diri di laluan bertentangan secara melawan arus sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira yang ketika itu sedang dalam perjalanan dari arah bandar menuju ke Silam.

“Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal terhumban beberapa meter di belakang kenderaan namun hanya cedera ringan, manakala pemboncengnya parah.

“Sementara itu, penumpang Proton Wira yang berada di tempat duduk sebelah hadapan kiri turut mengalami cedera ringan,” katanya sambil menambah, kesemua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dengan bantuan ambulans bagi mendapat rawatan.

Dalam pada itu kata Shamsudin, sebanyak 14 buah motosikal telah disita dan 12 keping surat saman juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik yang dikesan sepanjang lebih empat jam operasi itu dijalankan bermula dari jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Katanya, operasi yang tertumpu di kawasan bandar itu hanya menyasarkan penunggang motosikal yang diketuai oleh Cif Insp Ali Hussin Sahina, selaku Ketua Bahagian Kententeraman Awam/Ketua Trafik Daerah dan Insp Abdul Rahman Md Ramzan, Ketua Sukarelawan Polis Daerah Lahad Datu serta melibatkan seramai 45 anggota termasuk anggota SSPDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah dan anggota tentera.

“Operasi seumpama ini akan kerap diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain sentiasa terjamin dan pihak kita juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan atau sengaja melanggar peraturan jalan raya,” katanya.

Category: ,

About GalleryBloggerTemplates.com:
GalleryBloggerTemplates.com is Free Blogger Templates Gallery. We provide Blogger templates for free. You can find about tutorials, blogger hacks, SEO optimization, tips and tricks here!

0 comments